Monday, February 28, 2011

Aku, Metro Driving dan JPJ..


Hahaha..macam tajuk drama/novel la plak.. bukan apa saya hanya ingin berkongsi pasal pengalaman saya belajar memandu dan mengambil ujian memandu. saya memilih Metro Driving Academic sebagai sekolah yg akan mengajar saya memandu kerana ia mempunyai pakej sampai lulus, dan sekolah memandu yang sangat popular masa kini. saya mengunjungi pejabat Metro Driving cawangan Puchong Utama. Seorang kerani memberi penerangan dan saya terus mendaftar pakej sampai lulus RM1269, dengan membayar pendaftaran sebanyak RM150.00. Seminggu kemudian , saya dikehendakai menghadirkan diri ke kampus Metro yang terletak di Kampung Melayu Subang. Agak jauh dari Puchong, tetapi memang di situ saja Kampus Metro Driving untuk calon-calon Lembah Klang, kampus baru yang lebih dekat dari rumah saya belum lagi beroperasi pada waktu itu, iaitu yang terletak di Bndar Bukit Puchong 2. Tak perlu risau, diaorang datang ambil dan hantar kita balik.

Bermulalah sesi pembelajaran saya, kelas yang pertama KPP (kurikulum pendidikan memandu) 5 jam, ujian teori berkomputer 50 soalan-lulus, kursus modul 6 jam (belajar mengenai kereta, 3-jam teori, 3-jam amali), masa ni dah try2 memandu kereta. seminggu kemudian setelah mendapat lesen L, sesi belajar memandu pun bermula. 2 minggu awal jer, dapat cikgu yang best, minggu ke3 dan seterusnya, aku dapat cikgu (instructor) yang kurang best, sebab dia SUKA TIDO!!!... "cikgu suka tido, hari2 cikgu tido".. dia ok, ajar ok.. kadang2 belajar kat jalan raya, dia tido sepanjang jalan, cikgu oh cikgu..bila saya tanya , macam mn ni cikgu, saya bawa dah ok ker, dia jawab, ok dah ni.. cukup 8 jam belajar,..aku amik pra ujian (QTI), so, saya layak ambil ujian sebenar.

Sesi yang sangat mendebarkan, Ujian amali 1 & 2 ( bah 1-ujian bukit, parking dan 3 penjuru, bah 2-ujian jalanraya). Nasib tak menyebelahi, bukit ok, parking pulak tak ok, habis. lepas tu, ujian jalan raya, alamak, dapat kereta VIVA, yang tak pernah2 pandu, lain dari kancil, masa pergi ok, time balik saya dah gagal, langgar belang2 putih dan terhegeh-hegeh tukar lorong, sampai kenderaan belakang saya brek emergency, tapi saya dibenarkan memandu balik ke kampus, biasanya pegwai JPJ tersebut yang akan pandu balik kenderaan kita. Hampas, 2-2 bahagian saya gagal..

Tuesday, February 22, 2011

Resepi simple : Masak ketam daun kari.

Seperti kebiasaan aktiviti hujung minggu saya adalah mengunjungi pasar. Pasar yang menjadi favourite saya untuk dikunjungi ialah PASAR BORONG SELANGOR, yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, lebih kurang 5 km dari rumah saya. Harga lauk pauk kat sana, boleh tahan la, kadang2 naik , kadang2 turun, yang penting kesegaran, dan kita boleh dapatkan apa saja barang keperluan dapur di sana. Biasanya saya dah siap2 beli lauk-pauk stok untuk seminggu. Apa pulak cerita pasal pasar ni. Kebetulan!! minggu ni , saya ada membeli ketam.. Ketam ni jarang2 dapat makan sebab harga mahal, harga biasa sekilogram RM20.00. Saya tunggu masa harga murah sikit la, masa saya beli harga sekilo RM17.00. Saya beli 3 ekor pun dah RM20.. takpelah sekali sekala. So, hari ini saya nak berkongsi resepi simple, masak ketam daun kari.


Bahan-bahanya,
3 ekor ketam (dipotong dan dibersihkan)- digoreng
3 sudu makan cili mesin
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk kari

Bahan-bahan untuk tumis,
2 ulas bawang putih }
3 ulas bawang merah }
1 cm halia }ketiga-tiga bahan ini mesti ditumbuk
1 tangkai daun kari

minyak, garam, serbuk perasa dan gula.


Cara-cara membuatnya..
1. Gunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ketam tadi, kurangkan sedikit kuantitinya, tinggal lebih kurang 5-4 sudu makan, tumiskan bahan-bahan tumis, apabila sudah naik bau dan kekuningan, masukkan cili mesin, biarkan cili agak masak, masukkan sos cili, kicap dan serbuk kari.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga agak kering, masukkan sedikit air ( kalau nak banyak kuah, boleh tambah banyak air). Masukkan garam, perasa dan gula (ikut citarasa masing2).

3. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. kacau ketam dengan kuah biar sebati.( kalau saya, saya suka kuah yang agak kering dan bersalut pada ketam).

4. Siap, untuk hidangan tengahari bersama nasi panas. (cadangan hidangan- untuk 2 orang).

Selamat mencuba!!

Monday, February 14, 2011

dilemaku, siswazah-suri rumah tangga


Hari ni saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai siswazah yang tidak bekerja, atau lebih tepat siswazah yang menjadi suri rumah tangga macam saya. Bagi saya, seorang siswazah yang tidak bekerja dan menjadi suirumah tidak boleh dianggap sebagai siswazah menganggur. Selepas saya tamat pengajian, dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, selepas beberapa bulan, saya telah dipinang buah hati. selepas 4 bulan bertunang, jodoh pulak sampai.. pada mulanya, konon nak cari keja la, lepas habis belajar sementara tunggu konvo..alih2 jodoh sampai dulu, banyak gak dok dengar orang kampung do bisik2 (mengata).."huhh, belom keja, dah sibuk nak kawin, esok dah kawin, dah anak, mesti tak keja dah la tu." memang! mungkin kata2 orang sekeliling tu satu doa, selepas berumahtangga , mengandung, masa mengandung dah terbantut usaha cari keja, lepas tu, bersalin, lepas bersalin konon nak tunggu anak besar skit baru nak kerja, tak sampai umur anak enam bulan, Alhamdulillah..rezki, ada juga mulut berkata.."amboi, mengandung pulak, anak dok kecik lagi".. sabar jer! biarlah apa orang nak kata.. selepas bersalin anak kedua, usaha mencari kerja diteruskan. Ada pulak seorang kawan yang recommand Jawatan Kontrak di Pejabat Kerajaan di Putrajaya. Alhamdulillah, saya dapat kerja, dan telah menempatkan anak2 di Nursery dengan berat hati. Standardla, nursery, anak2 saya bersilih ganti sekejap selsema, sekejap sihat, lepas tu demam, lepastu , selsema dan demam dan selsema dan demam, dan sampai kemuncak dua-dua nak saya kena masuk wad, akibat jangkitan paru-paru yang biasa terjadi pada kanak2 iaitu pneumonia. Selepas 7 bulan, kotrak pun tamat. Kembali, jadi suri rumah.

Masa pun berlalu, saya terus menjadi surirumah tangga, memang niat dalam hati nak bekerja nak membantu keluarga dan membayar hutang PTPTN yang ntah bila akan langsai. Usaha dan usaha apply sana dan sini (kadang2 secara pelahan, kadang secara extrim- cari keje), sementara dapat keje, ambil lesen memandu (kita citer pasal lesen di post yang lain ek),setelah hampir setahun tak dapat keje, Alhamdulillah dapat..tapi kali ni jauh pulak sampai terpaksa tukar 3 bas.. saya hanya bertahan sebulan, maybe orang lain boleh tahan, tapi saya tak boleh tahan..(kisah ulang alik naik bas pegi keje kat pos lain lg ek). Akhirnya, dengan berat hati, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Suri rumah kembali. Memang best jadi suri rumah , dapat jaga dan besarkan anak sendiri, dapat uruskan suami dan rumah sebaik mungkin. Tapi yang tak bestnya, tak ada duit sendiri semuanya bergantung kepada suami. Bila difikirkan, jadi suri rumah smapi bila-bila pun nak, tapi dengan tiada pendapatan susah jugak kalau tak bekerja. Tengok kawan2 lain semuanya bekerjaya dan boleh miliki kereta sendiri.

Tetapi, sekarang suri rumah pun dah mampu jana pendapatan tambahan terutamnya dengan adanya, internet di rumah, contohnya dengan membina blog pun sedikit sebanyak, pendapatan boleh diraih, ada juga suri rumah yang membuat buiness secara online, dan membuat business kecil-kecilan dari rumah. Kak red, (redmummy.com) pernah juga menasihati saya agar belajar bina blog sendiri, biar pun kita hanya dok di rumah , tapi kita boleh jana pendapatan. Sekarang saya masih tidak berhenti untuk mencari kerja, dalam masa yang sama, saya tetap mencari peluang lain untuk saya berjaya, walaupun sebagai suri rumah. Umur dah mencekau 30 an dengan pengalaman kerja yang kurang.. mungkin salah satu faktor sukar dah nak dapat kerja. nasihat untuk rakan senasibku dan untuk diriku. Wahai siswazah suri rumah tangga, jangan la engkau berputus asa, sabar dan jangan berhenti berusaha..rezeki itu ada dimana-mana, cari lah ia.. dan sentiasa memohon dariNya agar diberi kekuatan sentiasa.

Wednesday, February 9, 2011

Kopi biji mengkudu


Hari ni saya nak berkongsi pasal kopi biji mengkudu. Semua orang sudah sedia maklum khasiat buah mengkudu itu sendiri dan pelbagai kaedah digunakan untuk menikmati buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini. Antaranya ia dijadikan jus, atau biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras, apabila sudah masak ia boleh di makan begitu saja. Ianya boleh dicampur dengan gula untuk di makan. Ramai yang kurang menggemari rasa buah mengkudu yang agak pahit dan ia jugak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila sudah masak dan agak ranum.

Baru-baru ini semasa pulang ke kampung ibu saya telah mempekenalkan kopi biji mengkudu ini kepada saya. Sebelum ini ibu saya biasa mengamalkan jus mengkudu yang dibuat sendiri, iaitu dari buah mengkudu yang telah masak dan diambil airnya. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang kopi biji mengkudu ini. Tetapi mungkin ada juga yang belum mengetahuinya, biasanya produk yang dihasilkan dari mengkudu di pasaran sekarang ini antaranya ialah jus mengkudu pelbagai perisa, ubat gigi, minyak gosok, balsem yang mengandungi ekstrak mengkudu. Tetapi agak unik bagi saya, yang sebelum ini hanya mengetahui yang biji mengkudu hanya dibuang selepas mengambil isi dan jusnya, rupa-rupanya bijinya juga boleh di jadikan kopi yang sangat enak dan mempunyai banyak khasiat sepertimana buahnya. Tambahan pula, kopi biji mengkudu dapat dihasilkan sendiri di rumah.

Aroma kopi biji mengkudu sangat istimewa, tidak ubah seperti kopi biasa yang dibancuh cair ala-ala nescafe gitu!. memang sedap, tapi, ia tidak boleh dibancuh pekat kerana, biji mengkudu agak panas.



Menurut ibu saya yang telah mengamalkan makan buah mengkudu dan minum kopi dari biji mengkudu setiap hari, Alhamdulillah, dengan izin Allah kadar tekanan darah tingginya juga telah berkurangan begitu juga dengan kadar kolestrol dan kencing manis juga telah menurun..ibu juga turut merasai keberkesanan dari mengkudu, apabila dia tidak lagi merasa sakit-sakit di bahagian sendi kaki, dan merasa badannya lebih ringan dan cerdas, tidak lagi kerap merasa letih, di samping mencuci usus dan buang angin.

Tetapi sayangnya, kopi yang tidak berkefien, dan mempunyai khasiat ini, masih belum diketengahkan, untuk dijadikan minuman kesihatan secara komersial. Saya bercita-cita untuk mengkomersialkan kopi ini di pasaran, Insyaallah..