Thursday, April 28, 2011

Resepi simple : rempah kari buat sendiri

Seminggu sudah, saya tak sempat nak update.. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda resepi rempah kari.. Nak dijadikan cerita hari ini memang saya nak masak kari kerana, didalam peti sejuk ada lagi beberapa ketul ikan susu, sedap kalau dibuat kari.. semua, dah siap sedia, bawang, halia, halba campur daun kari untuk menumis..tiba-tiba, cari punya cari rempah dalam almari, rupanya sudah habis..!. teringat mak kat kampung, dia selalu masak kari dengan rempah kari buatan sendiri..cepat-cepat saya telefon mak.. berikut adalah resepi untuk penyediaan rempah kari,(untuk satu ekor ikan susu, yg telah dipotong-potong)

ikan susu


Bahan-bahanya,
10 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dalam air panas
1 sudu makan rempah biji, atau ketumbar
stgh sudu kecil jintan manis
stgh sudu kecil jintan putih
stgh sudu kecil lada hitam
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
stgh sudu kecil kunyit

Cara-caranya,
1. Kisar semua bahan diatas hingga menjadi paste..
2. Kalau ingin tahan lama untuk disimpan di dalam peti sejuk, masak sebentar paste td.
3. Gunakan selepas bahan tumisan naik bau, seperti biasa kita buat kari.

Mudahkan?? Sangat sedap berbanding kita menggunakan rempah kari biasa yang berada di pasaran.

selamat mencuba..

Thursday, April 21, 2011

Hobi : The Red Orchid


Hobi saya yang kadang-kadang jer layan, menanam pokok. Antara kemestian pokok yang mesti ada di rumah kita, ialah pokok daun kari, pokok serai, kunyit, daun pandan, kesum dan cili padi..itu semua saya dah tanam, ada yang dalam polibag dan di atas tanah., bukannya apa, jimat, tak payah beli! Saya baru berjinak-jinak menanam pokok berbunga dan dedaun untuk hiasan lanskap rumah, semangat berkobar-kobar lagi apabila rumah baru akan siap tidak lama lagi, dah stanby tanam pokok-pokok yang cantik, macam ler kawasan rumah tu luas sangat..hehehe.. bukan aper seronok tengok bila hasil tanaman kita menjadi, nak-nak pula pokok yang susah dan rumit penjagaannya. Contoh pokok orkid, sebenarnya saya tak berapa minat dengan orkid, memang cantik, tapi tak pernah terfikir nak tanam orkid. Ini semua bermula selepas saya dan biras bersama ibunya seorang peminat bunga pergi ke Pesta Bunga Putrajaya, kira-kira 8 bulan yang lalu iaitu pada Julai 2010, ibunya berkenan untuk membeli bunga orkid yang ketika itu murah, 2 pokok RM30.00, dia mengajak saya untuk beli, masing2 seorang satu pokok.. akhirnya saya pun beli. Memang berbunga masa tu, cantik warnanya, merah!.. bila bawa balik ke rumah, habis jer bunga tu langsung ia tak berbunga lagi, sedangkan orkid makcik dan 3 kali berbunga, hmm memang sah, aku tak pandai tanam dan jaga pokok orkid, sampai la bulan lepas, ia telah mengeluarkan kudup bunganya.. wahhh menjadi juga saya tanam dan jaga. Bukannya apa, orkid ni payah sikit, matahari tak boleh lebih, medium tanaman tak sama dengan pokok lain..Ikut pesan makcik, ko kena bajakan dengan baja bunga selalu, insyaallah dia berbunga..! Hmm lepas ni, boleh tambah variasi orkid lagi..

Thursday, April 14, 2011

Ragam anak : Anak cyber


Assalam, hari ini juga saya nak kongsi kisah anak-anak kita zaman sekarang. Tengok, anak saya tak sempat nak pakai baju, lap top dia serbu dulu.. anak-anak ni, macam-macam gelagat diorang.. bukan macam zaman kita dahulu, paling cepat habis tingkatan 5 baru ambil kelas komputer, masa tu baru kenal komputer, dan tak tahu pun nak menggunakannya. Anak-anak kita zaman sekarang, masa dalam kandungan lagi mak dia asik ngadap komputer, keluar-keluar dah nampak komputer, si iqbal 3 thn stgh, semua program yang digemari semua dah pandai buka sendiri , Almaklumlah ayah orang IT, mama dia pun 24 jam dok ngadap bendalah ni.. Ada buruk baiknya kan?! Disamping diorang belajar dan otak berkembang dengan penggunanan IT, tapi kita juga harus pantau mereka, walaupun di depan komputer. Kadang-kadang bila diorang buka YouTube untuk tengok kartun atau tengok movie, disebelahnya ada keluar gambar yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak, baik nasihatkan dia dan cadangkan dia untuk buka halaman lain. Halaman yang sesuai contohnya http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/playhouse/ . Banyak diorang boleh belajar, kalau di YouTube, boleh tengok video anak-anak baca alif, ba, ta dan ABC.

Ragam anak : Aisyah, mula belajar tak pakai pampers.


Assalam, hari ini ros nak kongsi pasal si kecik molek Aisyah. Aisyah dah masuk 2 tahun 5 bulan, petah dah bercakap, saya pun amik inisiatif untuk ajar dia supaya tak pakai pampers lagi dan buang air di tandas. Minggu ni baru mula, dia yang start tak nak pakai pampers lagi sebab tengok abangnya dah tak pakai pampers. Bukan main lagi saya pesan, "adik kalo nak buang air cakap mama tau", di samping itu, setiap 10-30 minit, tanya dia dan ajak dia ke bilik air. Kadang-kadang terleka gak kita ni, lupa nak tanya dia dan nak ingatkan suruh pegi tandas, tetiba terdengar "mama, adik dah kencing"!.. hahaha.. hari kedua, siap buang air besar lagi kat seluar, mama leka punya pasal, nasib baik tak berterabur ke lantai, maintain dalam seluar sebab dia jerit bagitau yang dia berak..itu lah cabarannya nak ajar anak tak pakai pampers ni, kena sabarlah sikit dan rajin mengemop, apa tak nya, hari ni dah masuk hari keempat, banyak terlepas dalam seluar dan ke lantai dari di bilik air..kelakarnya pagi tadi, tengok dia yang lap sendiri, tapi dia dah leh beza dah skit, dah pandai rasa macam nak terkencing dia dah bagitau, walaupun dah terlepas sikit kat seluar, suruh dia nyangkung kat bilik air dan cakap ssssssyyyyyyyyyy.. dia pun kencing dengan selamat kat bilik air.. Harap aisyah dapat belajar dan mama pun akan ingatkan adik tiap-tiap 30-45 minit untuk kencing dan bawak adik pegi toilet, lama-lama adik pandai buang air sendiri kat toilet. Air besar tu kena alert sikit la, biasa anak-anak saya pepagi lepas minum susu, mesti nak membuang, lepas ni tak boleh leka lagi, sebab adik tengah belajar. Si abang dah 3 thn stgh, dah pandai buang air kecil/besar sendiri dan dah pandai nak cebokkan sendiri, tapi kita tak berapa nak yakin tentang kebersihan cebokkan dia tu.. Time malam pulak saya pakaikan pampers, termasuk abang, takut terlepas kat tilam, jenuh kalau tilam basah dengan air kencing. Tapi kadang-kadang pepagi bangun, pampers masih kering, lepas ni nak cuba ajar malam pun tak pakai pampers, kadang-kadang penuh jugak pampersnya bergantung kepada berapa banyak dia minum sebelum tidor dan kena ajar dia kencing dulu sebelum tidor.. chaiyok, chaiyok adik n mama..

Monday, April 11, 2011

Hobi : Mari menjahit


Assalam, kembali pada asal, saya bebas menjalankan aktiviti kesukaan saya, setelah pencen dari menjadi baby sitter...hahaha.. Ada masa dan ruang untuk sambung aktiviti menjahit.. Hari ni, taruk minyak sikit kat mesin tu, baru lancar sikit perjalanannya, maklumlah mesin lama, mesin jenama METIK guna kaki..kepunyaan ibu mertua yang sudah tidak digunakan lagi, diangkut oleh husband ke mari semasa kami pulang ke kampung tempoh hari. Berkobar-kobar akak nak menjahit ni, kat rumah ada day curtain yang lama dah saya beli dan potong tapi belum berjahit.. aktiviti pemanasan mesin, kita jahit yang simple2 dulu, mudah jer jahit langsir untuk sliding door, straight jer!.pagi tadi dah terhasil 1 dari sepasang day curtain untuk sliding door rumah saya.. tengok ada masa free leh sambung lagi.. sikecik dua orang ni suka benor tengok saya menjahit, sibuk pulak dok usik2 mesin yang tengah bergerak, risau jugak, bahaya jugak mesin tu..
Insyaallah saya bercita-cita nak kembangkan bakat menjahit dengan belajar membuat beraneka bentuk langsir, scallop, romand blind, dan banyak lagi..sekarang tengah berjinak-jinak dapatkan nota jahitan dari kak ina http://kelaslangsir.blogspot.com/ . Bukannya apa prepare langsir untuk rumah baru jugak sebenarnya ni..hehehe..Ada sikit la pengalaman ambil tempahan langsir masa tunggu result SPM suatu ketika dahulu, minat menjahit datang dari ibunda tercinta, yang dulu rajin menjahit.. Jahit baju kurung sendiri pun saya dah pernah cuba, ibunda yang ajarkan. Ibunda sekarang sibuk dengan perusahaan rempeyek bersama kawan-kawannya di bawah kelolaan Pusat Urus Zakat..so, dia tak lagi menjahit, mata pun dah kurang tajam macam dulu. Dapat ibunda mertua pula seorang tukang jahit di Perlop 2, Lasah, Sungai Siput. Ibunda mertua dah ada mesin SINGER yang baru yang lebih praktikal, so dia wakaflah mesin lamanya kat menantunya ni, nak wakaf untuk anak sendiri, semuanya lelaki.. terima kasih ibu-ibuku.. insyaallah mesin mak takkan jadi tukun (bak kata husband, "bwk blk ni, jgn jd tukun dah")..hehehe.. tak lama lagi, ingat nak cari motor untuk mesin ni, kasi upgrade sikit, supaya lebih mudah, cepat dan lancar.. ok kawan-kawan, Mari menjahit..

Thursday, April 7, 2011

Cuba jadi Baby Sitter


Assalam semua, hari ni sambil anak-anakku dan anak-anak asuhanku senang tidur, saya mengambil kesempatan untuk kongsi ngan korang cerita menarik saya, yang cuba nak jadi "baby sitter"..
Dasyat kawan-kawan, kalau tak ada kesabaran yang tinggi, fizikal dan mental yang kuat jangan cuba karier ni kawan-kawan. Saya cuba untuk jadi baby sitter untuk anak-anak jiran saya, dengan niat untuk membantu ibunya yang kehilangan orang gaji. Orang gaji yang pernah diharapkan, telah melarikan diri mengikut boyfriend. Dengan rasa berperikemanusian dan naluri seorang ibu yang penah bekerja dan pernah mencari orang untuk menjaga anak-anak, saya berbesar hati menghulurkan pertolongan kepada jiran saya itu, kerana dia sangat memerlukan seseorang yang boleh menjaga 3 orang anaknya., kerana dia terpaksa pergi bekerja dan tidak dapat mengambil cuti atas alasan baharu sahaja tukar jabatan, ibu mertuanya tidak dapat menjaga, yuran nursery agak mahal, nursery di tempat dia bekerja sudah penuh.. oleh kerana dia tahu saya seorang surirumah, tidak bekerja, mungkin saya boleh membantunya. Saya juga menetapkan syarat bahawa saya akan menjaga anak-anaknya hanya untuk sementara., sebelum dia dapat pengasuh atau orang gaji yang baru. Saya pula seorang yang susah sangat nak menolak dan tidak terfikir alasan untuk menolak permintaannya.

Niat baik saya pun diteruskan, sekarang saya menjaga 5 orang kana-kanak termasuk anak saya sendiri..berumur 2-6 tahun.. sehingga hari ini masuk hari yang keempat, saya tidak dapat menahan kesabaran, dengan karenah anak-anak termasuk anak-anak saya sendiri membuatkan sangat letih dan berserabut, rasa tidak ikhlas mula muncul, kekalutan bertambah, apabila semua mahu minum susu serentak, ada yang menangis, ada yang baling barang, ada yang menekan-nekan keyboad komputer sekuat hati, ada yang pukul kucing saya, ada yang buli-membuli. Rumah saya sudah bertukar menjadi tongkang pecah.. kerana sebelum ini bersama-sama kedua-dua anak saya, rumah saya damai dan tenteram, kemas dan rapi, sikit-sikit jer bersepah. Sebelum dia menyerahkan anaknya, dia sudah memberi peringatan kepada saya bahawa anaknya sangat lasak. maklumlah semua lelaki. Ternyata, anak-anaknya memang lasak, anak-anakku sendiri menjadi sangat kerdil disamping mereka, kasihan anak-anakku, mula rasa terabai bila saya terpaksa menumpukan kepada anak jiran saya yang lebih kecil..Ternyata saya tidak dapat "handle" 5 orang budak dalam satu masa,.. Hanya Allah yang tahu gejolak dalam jiwa saya, sentiasa berdoa supaya diberikan kesabaran dan kekuatan, budak-budak macam tu lah!.. Rasa cukup sampai minggu ini sahaja saya dapat membantu jiran saya ini, saya tidak berdaya untuk meneruskan niat baik saya lagi. Sangat berbeza, apabila kita menjaga anak orang berbanding anak sendiri. Saya pula bukannya seorang yang garang dengan anak orang lain, marah pun diaorang buat tak tahu saja.. Dengan kekuatan yang ada saya harap dapat memberitahu berita buruk ini kepada jiran saya itu, yang saya tidak dapat menjaga anaknya lagi.
Sekarang saya berpegang pada prinsip hidup saya, kerja biar ikhlas dan sesuatu yang kita minat, kalau tak minat inilah jadinya, baru suku jalan dah give up..

Monday, April 4, 2011

Hobi : kek kek kek

Assalam semua, lama gak tak update.. hari ni nak kongsi hobi saya suka buat kek dan cuba resepi kek dari internet.
kek oren

kek coklat lembap

kek lapis asam flake ( saya gantikan dengan kismis, sbb cari asam flake kat kedai semua tak der).. sedap juge..hehehe..

kek trio tapi tak brapa nak cantik..hehehe


Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi berkongsi resepi di internet..