Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.
Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:
" " Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1] ”
Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Ia juga mencerminkan kasih sayang, kesediaan hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga tanda penghormatan suami terhadap isteri. Namun, mas kahwin tidak termasuk rukun nikah atau syarat sah pernikahan. Jika pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan itu tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).
Mengikut hukum syarak mas kahwin perlu dibayar suami kepada isteri pada masa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
(-sumber)
Teringat memori, semasa aku dinikahkan, rasanya jarang orang memberi mas kahwin emas, tapi berlainan dengan kami, kami sepakat untuk memilih seutas rantai tangan sebagai mas kahwin, mula-mula aku agak ragu, boleh ke tak boleh ke tak.. menurut orang-orang tua yang kami rujuk seeloknya, wang tunai.. tapi bila difikirkan balik, wang mas kahwin yang kita dapat pun selalunya kita akan beli emas, tujuannya untuk mengelakkan wang mas kahwin itu terus di belanjakan (tak nampak), tup2 dah habis. biasanya ia akan dizahirkan dengan membeli emas. Dengan confidentnya bakal suami aku waktu itu (sekarang husbandku), membeli seutas rantai tangan mas yang nilainya ngam-ngam dengan mas kahwinku seperti yang telah ditetapkan. Semasa akad nikah dijalankan tuan kadi meminta untuk ditunjukkan kepadanya mas kahwin, rantai tangan itu pun dipersembahkan. Masa tu, aku berdebar-debar jugak, betolka tindakan kami ni, tuan kadi kata, "kita kena tanya pihak perempuan, setuju atau tidak dengan pemberian ini", maka, aku pun menjawab, "setuju"..Alhamdulillah akhirnya urusan pernikahan pun selesai.. kami dah pun selamat menjadi suami isteri.
Perkara ini tak perlu diragukan lagi, ia sudah termaktub dalam hukum syarak, dan ia merupakan hak mutlak seorang isteri.. Cuma, aku jarang tengok atau jumpa kes seperti kami lagi.. hehehe.