Showing posts with label ragam anak. Show all posts
Showing posts with label ragam anak. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

Ragam anak : Anak cyber


Assalam, hari ini juga saya nak kongsi kisah anak-anak kita zaman sekarang. Tengok, anak saya tak sempat nak pakai baju, lap top dia serbu dulu.. anak-anak ni, macam-macam gelagat diorang.. bukan macam zaman kita dahulu, paling cepat habis tingkatan 5 baru ambil kelas komputer, masa tu baru kenal komputer, dan tak tahu pun nak menggunakannya. Anak-anak kita zaman sekarang, masa dalam kandungan lagi mak dia asik ngadap komputer, keluar-keluar dah nampak komputer, si iqbal 3 thn stgh, semua program yang digemari semua dah pandai buka sendiri , Almaklumlah ayah orang IT, mama dia pun 24 jam dok ngadap bendalah ni.. Ada buruk baiknya kan?! Disamping diorang belajar dan otak berkembang dengan penggunanan IT, tapi kita juga harus pantau mereka, walaupun di depan komputer. Kadang-kadang bila diorang buka YouTube untuk tengok kartun atau tengok movie, disebelahnya ada keluar gambar yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak, baik nasihatkan dia dan cadangkan dia untuk buka halaman lain. Halaman yang sesuai contohnya http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/playhouse/ . Banyak diorang boleh belajar, kalau di YouTube, boleh tengok video anak-anak baca alif, ba, ta dan ABC.

Ragam anak : Aisyah, mula belajar tak pakai pampers.


Assalam, hari ini ros nak kongsi pasal si kecik molek Aisyah. Aisyah dah masuk 2 tahun 5 bulan, petah dah bercakap, saya pun amik inisiatif untuk ajar dia supaya tak pakai pampers lagi dan buang air di tandas. Minggu ni baru mula, dia yang start tak nak pakai pampers lagi sebab tengok abangnya dah tak pakai pampers. Bukan main lagi saya pesan, "adik kalo nak buang air cakap mama tau", di samping itu, setiap 10-30 minit, tanya dia dan ajak dia ke bilik air. Kadang-kadang terleka gak kita ni, lupa nak tanya dia dan nak ingatkan suruh pegi tandas, tetiba terdengar "mama, adik dah kencing"!.. hahaha.. hari kedua, siap buang air besar lagi kat seluar, mama leka punya pasal, nasib baik tak berterabur ke lantai, maintain dalam seluar sebab dia jerit bagitau yang dia berak..itu lah cabarannya nak ajar anak tak pakai pampers ni, kena sabarlah sikit dan rajin mengemop, apa tak nya, hari ni dah masuk hari keempat, banyak terlepas dalam seluar dan ke lantai dari di bilik air..kelakarnya pagi tadi, tengok dia yang lap sendiri, tapi dia dah leh beza dah skit, dah pandai rasa macam nak terkencing dia dah bagitau, walaupun dah terlepas sikit kat seluar, suruh dia nyangkung kat bilik air dan cakap ssssssyyyyyyyyyy.. dia pun kencing dengan selamat kat bilik air.. Harap aisyah dapat belajar dan mama pun akan ingatkan adik tiap-tiap 30-45 minit untuk kencing dan bawak adik pegi toilet, lama-lama adik pandai buang air sendiri kat toilet. Air besar tu kena alert sikit la, biasa anak-anak saya pepagi lepas minum susu, mesti nak membuang, lepas ni tak boleh leka lagi, sebab adik tengah belajar. Si abang dah 3 thn stgh, dah pandai buang air kecil/besar sendiri dan dah pandai nak cebokkan sendiri, tapi kita tak berapa nak yakin tentang kebersihan cebokkan dia tu.. Time malam pulak saya pakaikan pampers, termasuk abang, takut terlepas kat tilam, jenuh kalau tilam basah dengan air kencing. Tapi kadang-kadang pepagi bangun, pampers masih kering, lepas ni nak cuba ajar malam pun tak pakai pampers, kadang-kadang penuh jugak pampersnya bergantung kepada berapa banyak dia minum sebelum tidor dan kena ajar dia kencing dulu sebelum tidor.. chaiyok, chaiyok adik n mama..

Monday, March 14, 2011

Ragam anak : Iqbal, bantal busuk dan penapis.


Hari ini saya nak berkongsi pasal tabiat atau ragam anak-anak saya. Seperti anak orang lain juga ada bermacam-macam ragam atau tabiat yang dimiliki oleh anak-anak kita yang mencuit hati. Macam anak bujang saya, yang tak boleh berpisah dari bantal busuknya. Sejarah dia mula rapat dengan bantal busuknya tu, iaitu pada mulanya, saya gunakan bantal peluk bayi tu, untuk diletakkan di atas dadanya ketika dia tido, masa tu umurnya dalam lingkungan 5-7 bulan, dia masih tido dalam buai. Lama-kelamaan, setiap kali nak tido mesti dia cari bantal tu. Sekarang umurnya sudah menjangkau 4 tahun dan tidak tido buai lagi, masih tidak berenggang dengan bantal busuknya terutamanya setiap kali hendak tido. Sekarang baru nampak jelas lagi tabiatnya tu terhadap bantal busuknya, bila minum susu jer, kena ada bantal busuk, cukup dengan dipeluk-peluk, digeselnya lagi lengan dia pada ujung sarung bantal yang beropol tu, tekstur kain satin yang licin tu, lagi membuatkan dia "syok" menggesel, kadang-kadang siap cium-cium lagi .. sampai la dia asyik dan terus tido. Nasib baik la ada dua sarung bantal yang serupa, boleh berganti apabila yang satu lagi dibasuh. Janji bantal tu mesti ada sarung tu. Setakat ini belum ada sebarang tindakan yang saya ambil untuk memisahkan dia dengan bantal tu, sebab ke"obses'an dia terhadap bantal busuknya tidak lah terlalu keterlaluan, sampai nak keluar bermain ke jalan-jalan ke kena bawa bantal busuk.. kadang-kadang bantal tu tak ada pun, dia boleh juga tido. Adiknya sekarang dah terikut-ikut tabiat abangnya, tapi tak lah teruk, cuma, bila abang bawa naik bantal ke bilik untuk tido, dia pun ikut bawa, tapi dia tak peduli pun bantai tu. Si abang dah makin besar dan belajar faham dan saya selalu menerangkan pada dia, bila dah sekolah nanti tak boleh bawa bantal busuk, Ok!

Satu lagi ragam dia, dia suka bermain dengan penapis, tak kiralah penapis teh ke, penapis santan ke dan yang seangkatan denganya, pantang nampak terutamnya time nak mandi, boleh dia gunakan alatan tu untuk main air. Tak kira lah, balik rumah opah ke, umah tok ker, mesti dia tanya penapis. Pernah ada suatu hari saya, bawa dia tengok orang kampung mengerjakan lembu korban, dia boleh pulak nampak penapis santan bertenggek di ruang orang menyediakan makanan, apa lagi diambilnya buat main la.. jenuh si opah marah , jangan usik penapis tu! Iqbal, iqbal..! Si adik tak der pulak ragam pelik macam dia..

Tuesday, July 27, 2010

Iqbal dengan Kole Upin & Ipin




Hari sabtu baru ni, pegi membeli-belah barang2 dapur di Jusco, Taman Equine bersama En. Mohtar dan anak-anak..Satu demi satu barang2 (yang disenaraikan dan yang tak disenaraikan) dimasukkan ke dalam troli hingga hampir penuh yang bakal merabakkan poket En. Mohtar. Bahagian demi bahagian dalam Jusco troli ditolak, tiba di bahagian ubat gigi, ternampaklah anak teruna aku akan, Colgate dengan gambar upin & ipin di hadapan kotak. Apa lagi, meronta-rontalah si Muhammad Iqbal, mintak dibelikan. Terpaksalah juga ambil dengan harga RM13.90 semata-mata kerana Kole Upin & Ipin tu jer..Sedangkan kami sekeluarga telah memboikot jenama Colgate..mmg dah lama tak beli dan pakai Colgate..

Aku penah kena tegur oleh En. Mohtar, masa pilih ubat gigi beberapa bulan lalu, dia kata, "dah lupa ke??"..tak jadi lah aku amik Colgate.. bukan apa, bagi aku ubat gigi Colgate bagus..!! Tapi, apa boleh buat, takkan kita nak sokong jenama syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan dan keagamaan, serta menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman ke atas umat yang seagama dengan kita..
Ku ingat lagi, lepas kena tegur ngan En.Mohtar, kitaorang pegi beli barang lagi, tapi kali ni En. Mohtar nampaknya terpikat dengan hadiah percuma yang ditawarkan oleh Colgate yang ada Kole Upin & ipin, (masa tu promosi hadiah tu, baru lagi)..dia pun membelek-beleknya, tanpa dilihat oleh Muhammad Iqbal pada ketika itu.. Aku pulak yang tegur dia.."kan tak boleh, so tak payah la", lepas tu, dia pun letak balik..
Tup..tup.. kali ni, terlalu kat situ, ternampak pulak Muhammad Iqbal akan gambar kartun kegemarannya Upin & Ipin.. nak taknak kena beli la!..2 ubat gigi pulak tu, tak di pakai membazir, terpaksa la pakai..cuma takkan beli dah next time.. bersalahnya rasa..

Hmmm, dah dapat Kole tersebut, bukan main lagi suka Iqbal.. semua jenis air nak diminum guna kole tu, sampai adik nak pinjam sekejap pun tak boleh..minum susu taknak pulak guna kole tu, dah biasa minum guna botol susu. iqbal pun dah besar , kena train minum susu guna cawan ni, nanti susah pulak nak tinggalkan botol.. malu lah pegi sekolah nanti bawak botol susu.. mama akan train iqbal dari masa ke semasa..