Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan



Diam tak diam, pantas masa berlalu, hari ini dah 2 Ramadhan 1431.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..Semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..

Monday, August 2, 2010

Kak Red.. http://redmummy.com/

Semasa mengahdiri majlis resepsi seorang kawan hubby kat Concorde Hotel, Shah Alam pada 11 July yang lalu, aku bertemu Kak Red buat kali ke2.. Kak Red pun ingat tak ingat dah muka aku ni..masa first time jumpa, aku baru kawin, jumpa kali ni dah anak dua dah aku.. Best dapat bertemu The Winner of The Bloggers Idol 2008..bangga sebab Kak Red sekarang one of our celebrity, apalagi bergambar lah aku ngan kak Red, walau sekeping jer..hehehe.. dapat duduk sebelah kak Red pulak tu... Kak red pun bagi idea soh buat blog sendiri memandangkan aku ni surirumah sepenuh masa, elok di manfaatkan internet kat rumah tu..

Kak Red sebenarnya isteri kepada En.Ami Shirman iaitu kawan hubby aku.. first time kenal Kak red masa tu, kitaorang as a Pengantin Baru pegi majlis hari jadi anak kepada one of my hubby friend.. kenal Kak Red dengan nama Kak Red jer!Sekarang aku one of fan Kak Red kat facebook and Redmummy.com. Kak memang seorang pencinta merah yang sejati hingga menjadikan warna kegemarannya sebagai inspirasi sehingga menjadi seorang blogger yang berjaya!! Kak Red antara idola aku, untuk aku bina blog sendiri walaupun aku tak pandai sangat dalam bidang IT ni n my hubby tak nak ajar, aku blajar sendiri.. Terima Kasih Kak Red.. teringin nak jadi blogger yang berjaya walaupun aku tak bekerja..

Sekarang aku pelan-pelan belajar blog.. hari demi hari aku dapat ilmu baru, and tambah tokok sambil update blog.. semua kita leh pelajari dari internet..takpa lah my hubby tak nak ajar pun takpa..huhuhu..i pelan-pelan kayuh ni!!

Wednesday, July 28, 2010

Menu kesukaan anak-anak- Pasta Spirals bersama Sup Segera CambellsS

Biasanya resepi untuk anak sentiasa berubah-rubah.. Anak-anak kecil terutamnya bawah 5 tahun, mereka cepat jemu dengan makanan yang sama, walaupun nampak mereka memang menggemari makanan tersebut.. Hari ni , saya nak berkongsi menu kegemaran anak-anak saya iaitu Pasta Spiral bersama Sup Segera Campbells..


Resepinya sangat mudah dan ringkas, cepat disediakan..

Bahan-bahannya :
1. semangkuk pasta spiral (apa2 saja jenama, pastikan yang halal)
-direbus bersama beberapa titik minyak zaitun dan sedikit garam.
-setelah agak kembang, toskan, dan biarkan sejuk sedikit.

2. sebungkus sup segera campbells (apa2 saja perisa yang digemarai)
-dibancuh bersama 200ml air panas di dalam mangkuk atau mug.

Kemudian bolehlah dihidangkan kepada si kecil dengan memasukkan pasta ke dalam sup tersebut..


Anak-anak saya makan sampai mintak tambah, saya buat untuk breakfast, kadang2 untuk makan tengah hari selain nasi..

berselera betul tengok!!

Tuesday, July 27, 2010

Iqbal dengan Kole Upin & Ipin




Hari sabtu baru ni, pegi membeli-belah barang2 dapur di Jusco, Taman Equine bersama En. Mohtar dan anak-anak..Satu demi satu barang2 (yang disenaraikan dan yang tak disenaraikan) dimasukkan ke dalam troli hingga hampir penuh yang bakal merabakkan poket En. Mohtar. Bahagian demi bahagian dalam Jusco troli ditolak, tiba di bahagian ubat gigi, ternampaklah anak teruna aku akan, Colgate dengan gambar upin & ipin di hadapan kotak. Apa lagi, meronta-rontalah si Muhammad Iqbal, mintak dibelikan. Terpaksalah juga ambil dengan harga RM13.90 semata-mata kerana Kole Upin & Ipin tu jer..Sedangkan kami sekeluarga telah memboikot jenama Colgate..mmg dah lama tak beli dan pakai Colgate..

Aku penah kena tegur oleh En. Mohtar, masa pilih ubat gigi beberapa bulan lalu, dia kata, "dah lupa ke??"..tak jadi lah aku amik Colgate.. bukan apa, bagi aku ubat gigi Colgate bagus..!! Tapi, apa boleh buat, takkan kita nak sokong jenama syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan dan keagamaan, serta menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman ke atas umat yang seagama dengan kita..
Ku ingat lagi, lepas kena tegur ngan En.Mohtar, kitaorang pegi beli barang lagi, tapi kali ni En. Mohtar nampaknya terpikat dengan hadiah percuma yang ditawarkan oleh Colgate yang ada Kole Upin & ipin, (masa tu promosi hadiah tu, baru lagi)..dia pun membelek-beleknya, tanpa dilihat oleh Muhammad Iqbal pada ketika itu.. Aku pulak yang tegur dia.."kan tak boleh, so tak payah la", lepas tu, dia pun letak balik..
Tup..tup.. kali ni, terlalu kat situ, ternampak pulak Muhammad Iqbal akan gambar kartun kegemarannya Upin & Ipin.. nak taknak kena beli la!..2 ubat gigi pulak tu, tak di pakai membazir, terpaksa la pakai..cuma takkan beli dah next time.. bersalahnya rasa..

Hmmm, dah dapat Kole tersebut, bukan main lagi suka Iqbal.. semua jenis air nak diminum guna kole tu, sampai adik nak pinjam sekejap pun tak boleh..minum susu taknak pulak guna kole tu, dah biasa minum guna botol susu. iqbal pun dah besar , kena train minum susu guna cawan ni, nanti susah pulak nak tinggalkan botol.. malu lah pegi sekolah nanti bawak botol susu.. mama akan train iqbal dari masa ke semasa..

Thursday, July 22, 2010

Kucing mati beranak!



Al kisah nak dijadikan cerita..suatu pagi yang indah, aku keluar ke ruang grill belakang tempat letaknya mesin basuh, untuk aku memulakan rutin harianku sebagai seorang mama,setelah 2 hari tak membasuh baju, sibuk dengan berjalan2.. Sebaik sahaja pintu belakang dibuka, aku terlihat satu tubuh berbulu kaku di dalam longkang.. aku masuk semula ke dalam rumah mencapai kunci grill, lalu membuka grill.. di perhatikan betul2 tubuh berbulu kaku itu, sambil menjerit memanggil anak saudara ku untuk sama melihat..

Sah, kucing mati dalam longkang, tengok betol2 lagi, terdapat sepasang kaki keluar dari bahagian kemaluannya..!! kesian..!! mesti dia mati sebab tak dapat nak menahan kesakitan melahirkan anak2nya yang mungkin berkedudukan songsang!! Bayangkanlah dia tengah melahirkan anak Se'ekor' diri tanpa dibantu oleh sesiapa.. Mungkin kejadian berlaku pada malam sebelum tu, depend on keadaannya dan sedikit darah yang masih baru..

Kesiankan!!..kalo aku tahu, ia perlukan bantuan waktu tu, insyaallah aku akan bantu, walaupun ianya kucing dan bukan kucing aku!!..

Hobi : Suka buat kek coklat..




Hobi saya suka buat kek coklat... Sebenarnya tak pandai pun buat kek, tengok resepi kat internet dan cuba buat sendiri..menjadi la pulak!! Kek coklat lembap yang di bakar, dikukus.. semua saya dah cuba. Husband dan anak-anak pun suka gak makan kek coklat.. Biasanya, nak balik kampung ke,(sebagai buah tangan untuk family n ibu mertua) ada buat makan-makan ke, saya buatla.. ada gak yang tempah!

Sekarang tengah belajar buat cupcake coklat yang comel2.. bukan cupcake yang tengah top sekarang ni, tapi yang lebih kecil!! mudah dimakan dan sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu bagi sebarang majlis.. Macam promot la pulak!!

Sekadar hobi dan suka2, tapi sesapa yang nak order boleh jer!!! Lepas ni saya nak cuba buat kek jenis lain pulak, kek pandan ke, cheese kek ke.. Minat sangat bake2 ni, terasa teringin diri ini pegi belajar atau amik kursus buat kek, supaya menjadi lebih pro..hahahah..

Tuesday, July 20, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Welcome Comments

I'm New

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!!..

Selamat datang wahai pengunjung-pengunjung blog.. I'm new blogger dan masih berlajar dalam membina blog ni.. very interesting!!

Semoga kita dapat berkongsi cerita, pengalaman serta tips dalam kehidupan seharian!..