Thursday, October 27, 2011

My Pizza

Dah kekurangan idea nak masak apa untuk sarapan pagi. apa kata hari ni cuba buat pizza, bahan-bahan semua dah ada. tinggal nak buat jer.. bangun awal-awal hari ni lepas subuh, terus uli tepung.. Alhamdulillah, menjadi.. hehe.. biasalah resepi cilok dari internet.. yang toppingnya resepi sendiri.. boleh lah sedap juge.. kalo beli dah berapa RM..

sebelum dibakar..


selepas dibakar..

setelah dipotong..
Mari menjamu selera... MY PIZZA..

Sunday, September 11, 2011

Hari Raya di Betong, Thailand (Raya Pertama)

Tahun ini kami beraya di Kampung Kapas Salam , Betong, Thailand.. Kali ini kali ke4, aku beraya di Thailand.. kalau tak berjodoh dengan My Darling, tak merasa beraya di luar negara..hehehe.. Ibu mertua berasal dari Thailand.. Tapi sekarang sudah menjadi warganegara Malaysia.. Tok (ibu kepada ibu mertua) masih sihat, dan setahun sekali sahaja kami berkesempatan menjenguk tok di sana.. Ramai lagi ahli keluarga mak yang yang lain yang menetap di sana.

Sambutan Hari Raya yang aku rasakan agak sedikit berbeza berbanding di Malaysia.. sambutan Hari Raya mereka sangat sederhana, tetapi tetap meriah.. Apa yang berbeza :

1) tak dengar lagu-lagu raya yang berkummandang n tak dapat tengok rancangan tv yang best2 sempena hari raya, sebab kat sana dapat siaran Siam jer..hahaha (tapi bagusla, bukannya kita beraya dan dengar lagu n tengok tv, sebaliknya kena ziarah-menziaran n bermaaf-maafan)

2) Kuih-kuih raya beraneka jenis tak banyak macam kat tempat kita, (betol jugak, tak lah membazir mcm tempat kita). Tapi ibu mertua ada juga bawakan kuih-kuih dari Malaysia.

3) pakaian diorang memang sakan-sakan, meletop, macam pengantin pun ada terutama golongan remaja. (tak pula ambil gambar diorang). Tapi yang paling aku suka, semuanya menutup aurat dari kecil sampai lah dewasa.. Alhamdulillah..

4) persiapan untuk rumah dan makan-makan semua diasiapkan lebih awal, time kami sampai sebelum berbuka tu, lemang dan kari daging semua dah siap..kalau kat tempat kita malam-malam raya lah yang paling sibuk.. Aku dan biras cuma tambah menu, kami masakkan sedikit rendang daging di malam raya..

5) Suasana malam raya tenang, tapi kedengaran juga hingar-bingar bunyi mercun dan bunga api.. teringat suasana malam-malam Raya di Malaysia..

6) Paling best, pusing beraya ke rumah sanak saudara, pakat naik kenderaan 4x4 atau kat sini kitaorng panggil renjer.. kat Malaysia tak dapat ler naik macam ni, adalah menjadi satu kesalahan, ada penumpang di bahagian belakang..




Itu sahaja yang membezakan raya di Malaysia dan raya di Thailand.. Yang lain tetap sama. Kita semua umat yang sama.. Begitulah raya bagi penduduk minoriti, di negara bukan Islam.. Alhamdulillah raya tetap disambut dengan penuh kesyukuran dalam suasana aman tanpa kerisauan, kerana Betong bukanlah kawasan bergolak seperti di Yala dan selatan Thailand yang lain.
Kesederhanaan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai kehidupan kita.
apa-apa pun, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka..

Hari Raya Aidil Fitri tahun ini jatuh pada hari Selasa bersamaan 30 Ogos 2011 dan keesokkannya adalah Hari Merdeka negara kita Malaysia.. Kami pulang ke kampung seawal 27 Ogos 2011 jam 2.00a.m.. bagi mngelakkan kesesakkan jalanraya.. Alhamdulillah kami langsung tak menempuh jem.. Tahun ni giliran beraya bersama keluarga sebelah suami dahulu.. tapi perjalanan kami pulang ke Penang dahulu, sebab nak tumpangkan Si Memey di rumah mak dan hantar langsir-langsir yang dah siap. Persiapan raya tahun ni agak kelam kabut, aku tak dapat nak buat kuih raya, hanya sempat buat cornflake madu, gara-gara sibuk dengan langsir.. baju raya pun beli yang dah siap, dari se kecik hingga lah si ayah.. konon nak jahit sendiri dah beli kain pun.. tapi tak sempat..
Di kesempatan balik ke Penang, sempatla berbuka bersama keluarga dan sempat berbuka bersama kawan2 lama..
Hari Isnin 29 Ogos 2011, kami bertolak ke Grik dalam perjalanan untuk bertolak ke Betong, Thailand.. untuk berbuka puasa hari terakhir bersama keluarga sebelah suami dan ibu mertua. Kami bertolak dari grik bersama adik-adik ipar dan ibu mertua yang bertolak dari Sungai Siput..
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Merdeka buat semua..

Rezeki Ramadhan.. Tempahan Langsir..

Hari ni dh 17 Syawal pun, baru nak update blog..al maklumlah sepanjang ramadhan sibuk jahit langsir.. orang sibuk beribadat, aku sibuk jahit langsir.. walaupun baru langkah permulaan, Alhamdulillah ada juga yang memberi aku kepercayaan untuk menyiapkan langsir seperti yang diminta, tak banyak pun, tapi Alhamdulillah.. untuk ahli keluarga dan seorang sahabat kakak.. dalam tak banyak tu pun, tak tido mlm juga aku dibuatnya..gara-gara last minit baru nk pulun buat.. aku dapat menyiapkan untuk 4 tuan rumah..

Langsir tingkap dan pintu gerbang umah kakak..

tak sempat dah nk letak reben bagi menyerikan langsirnya..


Langsir mak mertuaku..
Pun tak sempat nak kemaskan dengan reben n pengikat langsir..

Ada dua lagi tak sempat n lupa nak ambil gambar.. Langsir rumah mak dan kawan kakak.. nnti dah ada gambar saya update lagi..
Usaha jahit langsir masih di teruskan.. ada seorang kawan nak saya sipakan langsirnya dalam minggu ni, tapi belum dapatkan kain.. Insyaallah by minggu depan dah leh siap..
Sesiapa yang berminat untuk menempah langsir boleh juga menghubungi saya, tak kira untuk hari raya atau yang nak masuk rumah baru..
Insyaallah, perancangan saya adalah untuk lebih serius dalam bidang jahitan, lepas ni nak belajar jahit baju, sarung kusyen dan bantal, table runner, cadar or selimut dan sebagainya.. Insyaallah..doakan kejayaan saya wahai kawanku..

Thursday, August 4, 2011

Salam Ramadhan



Assalammualaikum semua.. salam ramadhan almubarak dari Ros sekeluarga.. sekejap betol rasanya masa berlalu, rasanya baru sahaja kita meraikan hari raya.. dah puasa dtang lagi..apa2 pun selamat menjalani ibadat puasa di bulan penuh keberkatan ini..

Tuesday, May 24, 2011

Ketupat Sotong, Air Bandung Special, Roti Paun,

Di kesempatan bercuti ke negeri yang tak pernah ros kunjungi, dapatlah merasa makanan unik dari Terengganu.. antaranya ketupat sotong.. pernah dulu semasa belajar di Matrikulasi, ros sebilik dengan orang Terengganu, dia asyik bercerita jer pasal ketupat sotong..dengar pun sedapjer.. akhirnya dapat jugak merasa.. dalam perjalan ke Seberang Takir, ada orang jual di belakang but kereta yang parkir di tepi pantai..ros singgah beli dengan harga RM10.00 satu bekas.. ada 3 ekor sotong saiz sederhana..

Rasanya sedap, lemak-lemak manis..bagi orang yang suka manis, memang kena lah..orang pantai timur kan terkenal dengan makanan yang manis..bagi ros kalau ketupat sotong ni pedas sikit ala-ala lemak cili api, lagi sedap kot.



Hehe..air bandung lain dari yang biasa kita minum di tempat sendiri..rasanya sama jer, cuma presentationnya yang sedikit berbeza..menarik kan?!..

Rasa roti paun panas-panas yang kami beli di tepi jalan menuju ke resort memang tak boleh lupa..tapi tak sempat ambil gambar juga..sedap betol..

Itu yang rasa nak pergi lagi Terengganu.. memang best.. banyak lagi yang belum kami lawati, dan makanan yang unik yang belom di rasa.. Insyaallah ada rezeki kami berkunjung lagi..

Keropok Lekor BTB

Assalamualaikum, Fuhhhh..fuhhh..berhabuk, lama betol tak update.. sibuk ngan projek langsir la katakan.. Hari tu lepas cerita pasal percutian ke Terengganu, lupa nak selitkan info berkenaan keropok lekor.. Kita kan orang jauh sekali sekala pergi Terengganu, mesti la nak makan dan bawa balik keropok lekor yang paling best di Terengganu.. kawan-kawan yang asal dari Terangganu lah yang menjadi rujukan kami, macam bagi cadangan temapat kerepok lekor yang best, Keropok Losong "Adik-beradik" la, keropok lekor "008" pun ada.. yang kami pilih keropok lekor di Seberang Takir. Menurut seorang rakan, memang penuh orang sepanjang masa, kat kedai tu, siap kena ambil nombor giliran untuk memesan keropok. Kalau macam tu la keadaannya garenti sedap punyalah.. Kami pun tak ketinggalan nak merasa keropok istimewa tu.. Gambar keropok tak sempat nak ambil, semua dah kena bedal..




Kami terpaksa menunggu giliran hampir 2 jam.. Tapi sambil menunggu sempat menjamah keropok lekor yang di goreng tampak rebus yang bersaiz lebih kecil..(pun tak sempat nk ambil gambar).. menurut kawan rakan yang lain, kalau tak mahu menunggu lama, telefon terlebih dahulu, dan buat tempahan.. terus boleh ambil..huhu..baru tahu!.. di plastik bungkus keropok lekor ada tertera alamat dan nombor telefon, pelan lokasi pun ada sekali..lain kali kalau pergi lagi, kita call jer dulu, tempah keropok siap2..
Rasanya memang puas hati..sedap sangat, terasa isi ikannya.. berbaloi-baloi penat menunggu..

Friday, May 20, 2011

2 hari 1 malam di Kuala Terengganu..



Rasa macam mimpi saja, sekejap sangat dan tak puas rasanya menikmati percutian buat pertama kali sejak mendirikan rumah tangga. Kira ini honeymoon kitaorang ler ni..hehe.. honeymoon bersama 2 anak.. sebelum ni belum ada rezeki nak pergi bercuti, percutian kali ini merangkap hadiah hari jadi ros yang ke-30. Tanpa dirancang lebih awal, dalam hati ros ada jugak terdetik nak ajak suami pergi bercuti, tapi tak dapat nak suarakan sebab selalunya dia yang keluarkan budget, kita ni mengikut jer, maklumlah orang tak der income.. Hari Isnin 9 Mei, tetiba dapat mesej dari suami, ajak bercuti ujung minggu itu juga.."seperti orang mengantuk disorongkan bantal" la masa tu. Suami suruh ros servey, dan cari tempat percutian yang menarik yang ingin ros pergi di internet. Ros hanya terfikir Terengganu, negeri yang tak pernah ros jejak lagi, begitu juga dengan suami dia juga bersetuju untuk ke negeri yang sama. Web site http://www.cuti.com.my/ banyak membantu. Dari situ kita boleh servey tempat percutian yang ingin kita kunjungi mengikut negeri.

Akhirnya kami memilih Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu. Ros telah menghubungi pihak resort dan "booking" bilik untuk 14 & 15 Mei.. Turut serta bersama kami ada adik ipar saya bersama isteri dan seorang anak..Tengok gambar di websitenya memang cantik, dan fee yang berpatutan, tapi tiada pakej yang ditawarkan, hanya disediakan satu kali breakfast. Fee untuk 2 hari satu malam tersebut adalah sebanyak RM210.00. Boleh ler, check in pukul 3 ptg, 14 mei, check out pukul 12 tghhr, 15 mei.

Sungguh tidak terpikir untuk bertolak ke sana dari malam lagi, kitaorang dah rugi setengah hari on the road jer, kalau tidak dah boleh bersiar-siar sekitar Kuala Terengganu dari pagi sabtu sehinggalah time check in..Itulah orang cakap, benda tak rancang awal-awal, macam tu lah jadinya. Kami bertolak dari rumah lebih kurang 6.30 pagi. Setelah menempuh perjalanan hampir tujuh jam, suami ros memandu berganti-ganti dengan adiknya, akhirnya kami sampai ke Kuala Terengganu, sepanjang perjalanan melalui persisiran pantai, kami di sambut dengan suasana pantai yang sangat indah dan mengujakan..hehehe..Destinasi pertama kami di Kuala Terengganu, ialah masjid Kristal, sempat pusing2 dan ambil gambar, time tu dah dekat pukul 2 ptg..


Selepas meninggalkan Masjid Kristal, pusing2 cari tempat makan, rata-rata banyak kedai atau gerai makan di sana banyak yang tutup sebab hari sabtu adalah cuti ujung minggu bagi mereka , oleh kerana kelaparan, kami singgah di kedai nasi ayam tepi jalan menghala ke Resort, ntah apa nama kedai tu, terletak beberapa meter selepas melalui Airport, kira-kira beberapa KM sebelum sampai persimpangan UMT dan UniSZA.. Bila sudah kenyang, perjalan di teruskan ke Resort.. Akhirnya lebih kurang 3.30 Ptg kami check in di Sutra Beach Resort. Melepaskan penat sebentar, baring-baring sekejap, anak2 dah mula tak sabar nak mandi laut.. tukar uniform dan menuju ke pantai.



Selesai mandi laut, menuju ke kolam pula, anak2 la yang paling seronok main air, di pantai main pasir..di kolam masing2 dah menggigil kesejukan, angin sepoi2 bahasa dari laut sangat mendinginkan.. Alhamdulillah cuaca sangat baik, walaupun dalam perjalanan dari Masjid Kristal tadi, hujan sedikit, tapi bila sampai di Resort, cuaca sangat baik, tak panas sangat.. Selesai mandi kolam, balik bilik, mandi dan tukar pakaian, bersedia untuk keluar cari makan for Dinner.
Dengan bantuan GPS kami menuju ke Pantai Telok Ketapang seperti mana yang di 'suggest' kawan2 tempat yg sesuai nak makan seafood goreng yang bersalut tepung.

Keesokan harinya, 15 Mei, Seawal 7.30 kami sekeluarga sudah bersiap untuk breakfast, kami menuju ruang makan di resort, makanan yang disediakan, biasa2 saja, tiada makanan yang unik..mee goreng, roti canai, nasi lemak, dan berbagai lagi.. Selepas sarapan, jalan2 kawasan resort samabil menikmati pancaran matahari pagi dan suasana pagi yg cukup indah.. anak2 ingin mandi kolam lagi.. Layan karenah anak2, hampir pukul 11pagi, pagi bersiap2 untuk check-out.. Selepas semua urusan check-out selesai, kami menuju ke Seberang Takir, untuk membeli keropok lekor..Selepas 1 jam lebih menunggu keropok lekor, perjalanan diteruskan ke Bandar Kuala Terengganu, makan tengahhari di warong berhampiran dengan Dataran Shah Bandar, menuju ke Pasar Payang untuk membeli buah tangan untuk di bawa pulang. Selesai membeli-belah, disebabkan kepanasan dan keletihan, kami menuju jalan untuk pulang.. huhuhu.. kenapa la terus pulang.. kenapa tak pusing2 Dataran tu dulu.. tak berbaloi rasanya pergi jauh-jauh, tapi tak sempat nak berjalan-jalan.. Tuntutan kerja, adik ipar ros keesokan harinya menjadi slah satu faktor untuk cepat pulang.. jalan pulang melalui, kawasan ladang kelapa sawit, tidak lagi di persisiran.. jaraknya lebih dekat berbanding jalan tepi laut..tapi tiada lagi permandangan indah, hanya ladang kelapa sawit.. Goodbye Terengganu, Insyaallah, kalau panjang umur, ada rezeki, kami samapi lagi.

Thursday, May 19, 2011

Bulan Mei yang penuh makna.



Assalam semua, 2-3 minggu juga tak update.. busy dengan pelbagai aktiviti.. tak busy mana pun.. saja buat-buat busy.. munggu selepas update kisah Chumi bersalin, ros dilanda deman dan selsema, musim kot kan?! ramai dengar kawan-kawan yang kurang sihat time tu, seminggu jugakla nak recover.. masa tu, negara kita dilanda angin Monsun Arel yang bertiup dari Filipina, yang menyebabkan suhu panas meningkat, tanpa turunnya hujan, diikuti dengan jerubu. Itu yang panas semacam kan?!.. tapi tengok 4-5 hari ni macam dah ok, hujan pun dah turun..
13 Mei- Ujian memandu. seminggu sebelum tu dah sibuk pergi latihan.. Baru lulus sebahagian.
14 & 15 Mei- Bercuti di Kuala Terengganu
16 Mei- Hari Lahir abang no3
17 Mei- Hari Lahir ros yang ke-30..
18 Mei- Hari lahir kakak yang sulong
19 Mei- Hari Lahir adik ipar yang bongsu
20 Mei- Tiada aktiviti menarik
21 Mei- latihan memandu lagi..
22 Mei- IKHLAS, Sepang & pergi tengok rumah
23 Mei- Kelas belajar langsir
24 Mei- Hari Lahir kakak no2
25 Mei- latihan memandu yang terakhir
26 Mei- Mula belajar buat sendiri pattern2 scallop langsir
27 Mei- AKHIRNYA LULUS UJIAN MEMANDU..ALHAMDULILLAH..

Wednesday, May 4, 2011

Chumi dah bersalin

Sehari sebelum bersalin



Assalamualaikum semua.. Hari ini ros nak bercerita pasal si Chumi, one of my cat.. Alhamdulillah Chumi dah selamat melahirkan anak, 4 ekor semuanya, tapi sayang seekor dah mati tatkala selepas dilahirkan. Tarikh Chumi bersalin tercatat dalam sejarah iaitu 29 April 2011, sama dengan hari persandingan Putera William dan Kate's. Hari ini genap seminggu usia anak2nya, baru bekesempatan ambil gambar, kerana bagi peluang Chumi ambil masa bersama anak-anaknya tanpa gangguan. Keluarkan sekejap pun, bukan main lagi dia marah.. Si Iqbal dan Aisyah, bukan main suka lagi tak sabar-sabar diorang nak bermain dengan anak kucing tu, siap nak pegang n gomol2 lagi...jangan! anak2ku, baby Chumi masih kecil, mata pun belum buka lagi, sabar ya!!
Dah bertambah ahli baru kucing kami, terfikir jugak lepas ni, macam mana la kitaorang nak bawa balik kucing2 ni, bila balik ke kampung banyak hari. Biasanya kalau lebih 3 atau 4 hari kami akan bawa kucing bersama. HUUUHHMMMM..tengoklah macam mana nanti, akan difikirkan!.. Rasanya lepas ni, Chumi akan di kembirikan, mungkin anak2nya akan ros bagi pada orang bila putus susu nanti itupun kalau Iqbal dan Aisyah bagi..

Thursday, April 28, 2011

Resepi simple : rempah kari buat sendiri

Seminggu sudah, saya tak sempat nak update.. Hari ni saya nak berkongsi dengan anda resepi rempah kari.. Nak dijadikan cerita hari ini memang saya nak masak kari kerana, didalam peti sejuk ada lagi beberapa ketul ikan susu, sedap kalau dibuat kari.. semua, dah siap sedia, bawang, halia, halba campur daun kari untuk menumis..tiba-tiba, cari punya cari rempah dalam almari, rupanya sudah habis..!. teringat mak kat kampung, dia selalu masak kari dengan rempah kari buatan sendiri..cepat-cepat saya telefon mak.. berikut adalah resepi untuk penyediaan rempah kari,(untuk satu ekor ikan susu, yg telah dipotong-potong)

ikan susu


Bahan-bahanya,
10 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dalam air panas
1 sudu makan rempah biji, atau ketumbar
stgh sudu kecil jintan manis
stgh sudu kecil jintan putih
stgh sudu kecil lada hitam
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
stgh sudu kecil kunyit

Cara-caranya,
1. Kisar semua bahan diatas hingga menjadi paste..
2. Kalau ingin tahan lama untuk disimpan di dalam peti sejuk, masak sebentar paste td.
3. Gunakan selepas bahan tumisan naik bau, seperti biasa kita buat kari.

Mudahkan?? Sangat sedap berbanding kita menggunakan rempah kari biasa yang berada di pasaran.

selamat mencuba..

Thursday, April 21, 2011

Hobi : The Red Orchid


Hobi saya yang kadang-kadang jer layan, menanam pokok. Antara kemestian pokok yang mesti ada di rumah kita, ialah pokok daun kari, pokok serai, kunyit, daun pandan, kesum dan cili padi..itu semua saya dah tanam, ada yang dalam polibag dan di atas tanah., bukannya apa, jimat, tak payah beli! Saya baru berjinak-jinak menanam pokok berbunga dan dedaun untuk hiasan lanskap rumah, semangat berkobar-kobar lagi apabila rumah baru akan siap tidak lama lagi, dah stanby tanam pokok-pokok yang cantik, macam ler kawasan rumah tu luas sangat..hehehe.. bukan aper seronok tengok bila hasil tanaman kita menjadi, nak-nak pula pokok yang susah dan rumit penjagaannya. Contoh pokok orkid, sebenarnya saya tak berapa minat dengan orkid, memang cantik, tapi tak pernah terfikir nak tanam orkid. Ini semua bermula selepas saya dan biras bersama ibunya seorang peminat bunga pergi ke Pesta Bunga Putrajaya, kira-kira 8 bulan yang lalu iaitu pada Julai 2010, ibunya berkenan untuk membeli bunga orkid yang ketika itu murah, 2 pokok RM30.00, dia mengajak saya untuk beli, masing2 seorang satu pokok.. akhirnya saya pun beli. Memang berbunga masa tu, cantik warnanya, merah!.. bila bawa balik ke rumah, habis jer bunga tu langsung ia tak berbunga lagi, sedangkan orkid makcik dan 3 kali berbunga, hmm memang sah, aku tak pandai tanam dan jaga pokok orkid, sampai la bulan lepas, ia telah mengeluarkan kudup bunganya.. wahhh menjadi juga saya tanam dan jaga. Bukannya apa, orkid ni payah sikit, matahari tak boleh lebih, medium tanaman tak sama dengan pokok lain..Ikut pesan makcik, ko kena bajakan dengan baja bunga selalu, insyaallah dia berbunga..! Hmm lepas ni, boleh tambah variasi orkid lagi..

Thursday, April 14, 2011

Ragam anak : Anak cyber


Assalam, hari ini juga saya nak kongsi kisah anak-anak kita zaman sekarang. Tengok, anak saya tak sempat nak pakai baju, lap top dia serbu dulu.. anak-anak ni, macam-macam gelagat diorang.. bukan macam zaman kita dahulu, paling cepat habis tingkatan 5 baru ambil kelas komputer, masa tu baru kenal komputer, dan tak tahu pun nak menggunakannya. Anak-anak kita zaman sekarang, masa dalam kandungan lagi mak dia asik ngadap komputer, keluar-keluar dah nampak komputer, si iqbal 3 thn stgh, semua program yang digemari semua dah pandai buka sendiri , Almaklumlah ayah orang IT, mama dia pun 24 jam dok ngadap bendalah ni.. Ada buruk baiknya kan?! Disamping diorang belajar dan otak berkembang dengan penggunanan IT, tapi kita juga harus pantau mereka, walaupun di depan komputer. Kadang-kadang bila diorang buka YouTube untuk tengok kartun atau tengok movie, disebelahnya ada keluar gambar yang kurang menyenangkan dan tidak sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak, baik nasihatkan dia dan cadangkan dia untuk buka halaman lain. Halaman yang sesuai contohnya http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/playhouse/ . Banyak diorang boleh belajar, kalau di YouTube, boleh tengok video anak-anak baca alif, ba, ta dan ABC.

Ragam anak : Aisyah, mula belajar tak pakai pampers.


Assalam, hari ini ros nak kongsi pasal si kecik molek Aisyah. Aisyah dah masuk 2 tahun 5 bulan, petah dah bercakap, saya pun amik inisiatif untuk ajar dia supaya tak pakai pampers lagi dan buang air di tandas. Minggu ni baru mula, dia yang start tak nak pakai pampers lagi sebab tengok abangnya dah tak pakai pampers. Bukan main lagi saya pesan, "adik kalo nak buang air cakap mama tau", di samping itu, setiap 10-30 minit, tanya dia dan ajak dia ke bilik air. Kadang-kadang terleka gak kita ni, lupa nak tanya dia dan nak ingatkan suruh pegi tandas, tetiba terdengar "mama, adik dah kencing"!.. hahaha.. hari kedua, siap buang air besar lagi kat seluar, mama leka punya pasal, nasib baik tak berterabur ke lantai, maintain dalam seluar sebab dia jerit bagitau yang dia berak..itu lah cabarannya nak ajar anak tak pakai pampers ni, kena sabarlah sikit dan rajin mengemop, apa tak nya, hari ni dah masuk hari keempat, banyak terlepas dalam seluar dan ke lantai dari di bilik air..kelakarnya pagi tadi, tengok dia yang lap sendiri, tapi dia dah leh beza dah skit, dah pandai rasa macam nak terkencing dia dah bagitau, walaupun dah terlepas sikit kat seluar, suruh dia nyangkung kat bilik air dan cakap ssssssyyyyyyyyyy.. dia pun kencing dengan selamat kat bilik air.. Harap aisyah dapat belajar dan mama pun akan ingatkan adik tiap-tiap 30-45 minit untuk kencing dan bawak adik pegi toilet, lama-lama adik pandai buang air sendiri kat toilet. Air besar tu kena alert sikit la, biasa anak-anak saya pepagi lepas minum susu, mesti nak membuang, lepas ni tak boleh leka lagi, sebab adik tengah belajar. Si abang dah 3 thn stgh, dah pandai buang air kecil/besar sendiri dan dah pandai nak cebokkan sendiri, tapi kita tak berapa nak yakin tentang kebersihan cebokkan dia tu.. Time malam pulak saya pakaikan pampers, termasuk abang, takut terlepas kat tilam, jenuh kalau tilam basah dengan air kencing. Tapi kadang-kadang pepagi bangun, pampers masih kering, lepas ni nak cuba ajar malam pun tak pakai pampers, kadang-kadang penuh jugak pampersnya bergantung kepada berapa banyak dia minum sebelum tidor dan kena ajar dia kencing dulu sebelum tidor.. chaiyok, chaiyok adik n mama..

Monday, April 11, 2011

Hobi : Mari menjahit


Assalam, kembali pada asal, saya bebas menjalankan aktiviti kesukaan saya, setelah pencen dari menjadi baby sitter...hahaha.. Ada masa dan ruang untuk sambung aktiviti menjahit.. Hari ni, taruk minyak sikit kat mesin tu, baru lancar sikit perjalanannya, maklumlah mesin lama, mesin jenama METIK guna kaki..kepunyaan ibu mertua yang sudah tidak digunakan lagi, diangkut oleh husband ke mari semasa kami pulang ke kampung tempoh hari. Berkobar-kobar akak nak menjahit ni, kat rumah ada day curtain yang lama dah saya beli dan potong tapi belum berjahit.. aktiviti pemanasan mesin, kita jahit yang simple2 dulu, mudah jer jahit langsir untuk sliding door, straight jer!.pagi tadi dah terhasil 1 dari sepasang day curtain untuk sliding door rumah saya.. tengok ada masa free leh sambung lagi.. sikecik dua orang ni suka benor tengok saya menjahit, sibuk pulak dok usik2 mesin yang tengah bergerak, risau jugak, bahaya jugak mesin tu..
Insyaallah saya bercita-cita nak kembangkan bakat menjahit dengan belajar membuat beraneka bentuk langsir, scallop, romand blind, dan banyak lagi..sekarang tengah berjinak-jinak dapatkan nota jahitan dari kak ina http://kelaslangsir.blogspot.com/ . Bukannya apa prepare langsir untuk rumah baru jugak sebenarnya ni..hehehe..Ada sikit la pengalaman ambil tempahan langsir masa tunggu result SPM suatu ketika dahulu, minat menjahit datang dari ibunda tercinta, yang dulu rajin menjahit.. Jahit baju kurung sendiri pun saya dah pernah cuba, ibunda yang ajarkan. Ibunda sekarang sibuk dengan perusahaan rempeyek bersama kawan-kawannya di bawah kelolaan Pusat Urus Zakat..so, dia tak lagi menjahit, mata pun dah kurang tajam macam dulu. Dapat ibunda mertua pula seorang tukang jahit di Perlop 2, Lasah, Sungai Siput. Ibunda mertua dah ada mesin SINGER yang baru yang lebih praktikal, so dia wakaflah mesin lamanya kat menantunya ni, nak wakaf untuk anak sendiri, semuanya lelaki.. terima kasih ibu-ibuku.. insyaallah mesin mak takkan jadi tukun (bak kata husband, "bwk blk ni, jgn jd tukun dah")..hehehe.. tak lama lagi, ingat nak cari motor untuk mesin ni, kasi upgrade sikit, supaya lebih mudah, cepat dan lancar.. ok kawan-kawan, Mari menjahit..

Thursday, April 7, 2011

Cuba jadi Baby Sitter


Assalam semua, hari ni sambil anak-anakku dan anak-anak asuhanku senang tidur, saya mengambil kesempatan untuk kongsi ngan korang cerita menarik saya, yang cuba nak jadi "baby sitter"..
Dasyat kawan-kawan, kalau tak ada kesabaran yang tinggi, fizikal dan mental yang kuat jangan cuba karier ni kawan-kawan. Saya cuba untuk jadi baby sitter untuk anak-anak jiran saya, dengan niat untuk membantu ibunya yang kehilangan orang gaji. Orang gaji yang pernah diharapkan, telah melarikan diri mengikut boyfriend. Dengan rasa berperikemanusian dan naluri seorang ibu yang penah bekerja dan pernah mencari orang untuk menjaga anak-anak, saya berbesar hati menghulurkan pertolongan kepada jiran saya itu, kerana dia sangat memerlukan seseorang yang boleh menjaga 3 orang anaknya., kerana dia terpaksa pergi bekerja dan tidak dapat mengambil cuti atas alasan baharu sahaja tukar jabatan, ibu mertuanya tidak dapat menjaga, yuran nursery agak mahal, nursery di tempat dia bekerja sudah penuh.. oleh kerana dia tahu saya seorang surirumah, tidak bekerja, mungkin saya boleh membantunya. Saya juga menetapkan syarat bahawa saya akan menjaga anak-anaknya hanya untuk sementara., sebelum dia dapat pengasuh atau orang gaji yang baru. Saya pula seorang yang susah sangat nak menolak dan tidak terfikir alasan untuk menolak permintaannya.

Niat baik saya pun diteruskan, sekarang saya menjaga 5 orang kana-kanak termasuk anak saya sendiri..berumur 2-6 tahun.. sehingga hari ini masuk hari yang keempat, saya tidak dapat menahan kesabaran, dengan karenah anak-anak termasuk anak-anak saya sendiri membuatkan sangat letih dan berserabut, rasa tidak ikhlas mula muncul, kekalutan bertambah, apabila semua mahu minum susu serentak, ada yang menangis, ada yang baling barang, ada yang menekan-nekan keyboad komputer sekuat hati, ada yang pukul kucing saya, ada yang buli-membuli. Rumah saya sudah bertukar menjadi tongkang pecah.. kerana sebelum ini bersama-sama kedua-dua anak saya, rumah saya damai dan tenteram, kemas dan rapi, sikit-sikit jer bersepah. Sebelum dia menyerahkan anaknya, dia sudah memberi peringatan kepada saya bahawa anaknya sangat lasak. maklumlah semua lelaki. Ternyata, anak-anaknya memang lasak, anak-anakku sendiri menjadi sangat kerdil disamping mereka, kasihan anak-anakku, mula rasa terabai bila saya terpaksa menumpukan kepada anak jiran saya yang lebih kecil..Ternyata saya tidak dapat "handle" 5 orang budak dalam satu masa,.. Hanya Allah yang tahu gejolak dalam jiwa saya, sentiasa berdoa supaya diberikan kesabaran dan kekuatan, budak-budak macam tu lah!.. Rasa cukup sampai minggu ini sahaja saya dapat membantu jiran saya ini, saya tidak berdaya untuk meneruskan niat baik saya lagi. Sangat berbeza, apabila kita menjaga anak orang berbanding anak sendiri. Saya pula bukannya seorang yang garang dengan anak orang lain, marah pun diaorang buat tak tahu saja.. Dengan kekuatan yang ada saya harap dapat memberitahu berita buruk ini kepada jiran saya itu, yang saya tidak dapat menjaga anaknya lagi.
Sekarang saya berpegang pada prinsip hidup saya, kerja biar ikhlas dan sesuatu yang kita minat, kalau tak minat inilah jadinya, baru suku jalan dah give up..

Monday, April 4, 2011

Hobi : kek kek kek

Assalam semua, lama gak tak update.. hari ni nak kongsi hobi saya suka buat kek dan cuba resepi kek dari internet.
kek oren

kek coklat lembap

kek lapis asam flake ( saya gantikan dengan kismis, sbb cari asam flake kat kedai semua tak der).. sedap juge..hehehe..

kek trio tapi tak brapa nak cantik..hehehe


Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi berkongsi resepi di internet..

Monday, March 21, 2011

Kiah Pekasam


Bukan drama bersiri "Kiah Pekasam" kat Astro tu tau. Yang ini betul-betul Kiah Pekasam. Sedap gak perkasam ni, bukan senang nak cari pekasam yang best kat bandar ni! My husband sangat suka makan pekasam.. kena pulak dengan nasi panas, memang sesuai sangat. Hari tu pernah hubby beli dari Giant, pegi kali ke2 dah tak der.. Setiap kali pergi beli barang mesti cari pekasam yg sama.. tapi tak der..Pegi Jusco minggu lepas, ada la pulak. Apa lagi belilah, sebungkus tu lebih kurang RM3.00. Perkasam ikan lampam, memang best, tak masin sangat, tak hanyir..goreng garing2, goreng bawang besar n cili potong, kasi tabur..perrhh.. TERBAEK!!!.. mcm promote la pulak..

Monday, March 14, 2011

Memori : mas kahwinku emas..!

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:
" " Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1] ”

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Ia juga mencerminkan kasih sayang, kesediaan hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga tanda penghormatan suami terhadap isteri. Namun, mas kahwin tidak termasuk rukun nikah atau syarat sah pernikahan. Jika pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan itu tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).

Mengikut hukum syarak mas kahwin perlu dibayar suami kepada isteri pada masa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
(-sumber)

Teringat memori, semasa aku dinikahkan, rasanya jarang orang memberi mas kahwin emas, tapi berlainan dengan kami, kami sepakat untuk memilih seutas rantai tangan sebagai mas kahwin, mula-mula aku agak ragu, boleh ke tak boleh ke tak.. menurut orang-orang tua yang kami rujuk seeloknya, wang tunai.. tapi bila difikirkan balik, wang mas kahwin yang kita dapat pun selalunya kita akan beli emas, tujuannya untuk mengelakkan wang mas kahwin itu terus di belanjakan (tak nampak), tup2 dah habis. biasanya ia akan dizahirkan dengan membeli emas. Dengan confidentnya bakal suami aku waktu itu (sekarang husbandku), membeli seutas rantai tangan mas yang nilainya ngam-ngam dengan mas kahwinku seperti yang telah ditetapkan. Semasa akad nikah dijalankan tuan kadi meminta untuk ditunjukkan kepadanya mas kahwin, rantai tangan itu pun dipersembahkan. Masa tu, aku berdebar-debar jugak, betolka tindakan kami ni, tuan kadi kata, "kita kena tanya pihak perempuan, setuju atau tidak dengan pemberian ini", maka, aku pun menjawab, "setuju"..Alhamdulillah akhirnya urusan pernikahan pun selesai.. kami dah pun selamat menjadi suami isteri.

Perkara ini tak perlu diragukan lagi, ia sudah termaktub dalam hukum syarak, dan ia merupakan hak mutlak seorang isteri.. Cuma, aku jarang tengok atau jumpa kes seperti kami lagi.. hehehe.

Ragam anak : Iqbal, bantal busuk dan penapis.


Hari ini saya nak berkongsi pasal tabiat atau ragam anak-anak saya. Seperti anak orang lain juga ada bermacam-macam ragam atau tabiat yang dimiliki oleh anak-anak kita yang mencuit hati. Macam anak bujang saya, yang tak boleh berpisah dari bantal busuknya. Sejarah dia mula rapat dengan bantal busuknya tu, iaitu pada mulanya, saya gunakan bantal peluk bayi tu, untuk diletakkan di atas dadanya ketika dia tido, masa tu umurnya dalam lingkungan 5-7 bulan, dia masih tido dalam buai. Lama-kelamaan, setiap kali nak tido mesti dia cari bantal tu. Sekarang umurnya sudah menjangkau 4 tahun dan tidak tido buai lagi, masih tidak berenggang dengan bantal busuknya terutamanya setiap kali hendak tido. Sekarang baru nampak jelas lagi tabiatnya tu terhadap bantal busuknya, bila minum susu jer, kena ada bantal busuk, cukup dengan dipeluk-peluk, digeselnya lagi lengan dia pada ujung sarung bantal yang beropol tu, tekstur kain satin yang licin tu, lagi membuatkan dia "syok" menggesel, kadang-kadang siap cium-cium lagi .. sampai la dia asyik dan terus tido. Nasib baik la ada dua sarung bantal yang serupa, boleh berganti apabila yang satu lagi dibasuh. Janji bantal tu mesti ada sarung tu. Setakat ini belum ada sebarang tindakan yang saya ambil untuk memisahkan dia dengan bantal tu, sebab ke"obses'an dia terhadap bantal busuknya tidak lah terlalu keterlaluan, sampai nak keluar bermain ke jalan-jalan ke kena bawa bantal busuk.. kadang-kadang bantal tu tak ada pun, dia boleh juga tido. Adiknya sekarang dah terikut-ikut tabiat abangnya, tapi tak lah teruk, cuma, bila abang bawa naik bantal ke bilik untuk tido, dia pun ikut bawa, tapi dia tak peduli pun bantai tu. Si abang dah makin besar dan belajar faham dan saya selalu menerangkan pada dia, bila dah sekolah nanti tak boleh bawa bantal busuk, Ok!

Satu lagi ragam dia, dia suka bermain dengan penapis, tak kiralah penapis teh ke, penapis santan ke dan yang seangkatan denganya, pantang nampak terutamnya time nak mandi, boleh dia gunakan alatan tu untuk main air. Tak kira lah, balik rumah opah ke, umah tok ker, mesti dia tanya penapis. Pernah ada suatu hari saya, bawa dia tengok orang kampung mengerjakan lembu korban, dia boleh pulak nampak penapis santan bertenggek di ruang orang menyediakan makanan, apa lagi diambilnya buat main la.. jenuh si opah marah , jangan usik penapis tu! Iqbal, iqbal..! Si adik tak der pulak ragam pelik macam dia..

Friday, March 11, 2011

Aku, Metro Driving dan JPJ.. (part 2)..aku gagal lagi..

Boleh pulak ada part2 citer aku ni..memang! sebab cerita lum habis.. Setelah gagal kali pertama, aku mengambil keputusan untuk ulang lagi ujian tu!..pergi lagi sesi latihan, after lebih kurang 2-3 minggu, saya kembali menduduki ujian memandu.. Ya Allah, kali ni lagi teruk debaran aku, bertambah-tambah gugup dibuatnya.. mula-mula konon kena sesi pagi, elok sampai turn aku.. JPJ pulak nak berenti rehat, memang dah pukul satu dah time tu pun.. Aku memang dah tak lalu nak makan tengah hari , dah tak rasa lapar pun dek kerana gugup.. terus pegi surau dan solat.. sesi bersambung lebih kurang pukul 2 ptg..aku kembali ke trek.. hehehe.. dgn gugup yg tidak terhingga.. berjaya pada bukit, tiba dekat parking..kadar gelabah mula meningkat..ditambah pula dengan suara JPJ perempuan yang sangat nyaring memberi isyarat supaya keluar dari parking.. akhirnya terlebih time, dan telah melanggar sedikit tiang hadapan.. AKU GAGAL LAGI..

Itu bahagian satu,.. pergi pulak ke bahagian kedua.. Yes! aku dapat kereta kancil untuk menjalankan ujian jalanraya. Gugup masih dalam keadaan terkawal, perjalan di teruskan.. tapi malang, sekali lagi aku langgar garisan bebelang putih yang sama. Pegawai JPJ tu siap lukis lagi untuk aku garisan bebelang tu dan menerangkan kenapa aku gagal.. AKU GAGAL LAGI.. sedihnya, masuk ni kali ke2 la, aku gagal ujian memandu.. tak pa aku pasrah, mungkin belum cukup keyakinan aku untuk memandu. JPJ biasanya memandang tahap keyakinan kita ketika memandu, bukan menggelabah tak tentu hala macam aku.. kembali ke kampus dengan hati hampa..

Yang aku tak puas hati kenapa orang lain,ada yang siap pegawai JPJ ajar masuk gear lagi boleh lulus..tak pa, ada masa lagi, aku boleh cuba lain kali.

Sekarang lebih kurang 8 bulan berlalu,..lama betul masa aku ambil untuk menenangkan diri sebelum mengambil ujian semula. aku dah renew lesen L aku, dengan semangat baru, aku belajar kembali memandu bermula Ahad lepas.. keyakinan aku ada sedikit pertambahan sedikit, dengan bantuan cikgu yang tak tido..Alhamdulillah, cikgu cakap, aku dah boleh memandu senenarnya, tapi aku kena sentiasa relax, jangan gelabah, cepat buat keputusan.. seelok-eloknya aku kena biasakan diri memandu, selain dari belajar di kelas memandu, supaya keyakinan lebih baik dan tidak gelabah ketika ujian nanti, kata cikgu, kalau hanya dengan belajar di kelas seminggu sekali, gugup awak tak akan hilang.

Monday, February 28, 2011

Aku, Metro Driving dan JPJ..


Hahaha..macam tajuk drama/novel la plak.. bukan apa saya hanya ingin berkongsi pasal pengalaman saya belajar memandu dan mengambil ujian memandu. saya memilih Metro Driving Academic sebagai sekolah yg akan mengajar saya memandu kerana ia mempunyai pakej sampai lulus, dan sekolah memandu yang sangat popular masa kini. saya mengunjungi pejabat Metro Driving cawangan Puchong Utama. Seorang kerani memberi penerangan dan saya terus mendaftar pakej sampai lulus RM1269, dengan membayar pendaftaran sebanyak RM150.00. Seminggu kemudian , saya dikehendakai menghadirkan diri ke kampus Metro yang terletak di Kampung Melayu Subang. Agak jauh dari Puchong, tetapi memang di situ saja Kampus Metro Driving untuk calon-calon Lembah Klang, kampus baru yang lebih dekat dari rumah saya belum lagi beroperasi pada waktu itu, iaitu yang terletak di Bndar Bukit Puchong 2. Tak perlu risau, diaorang datang ambil dan hantar kita balik.

Bermulalah sesi pembelajaran saya, kelas yang pertama KPP (kurikulum pendidikan memandu) 5 jam, ujian teori berkomputer 50 soalan-lulus, kursus modul 6 jam (belajar mengenai kereta, 3-jam teori, 3-jam amali), masa ni dah try2 memandu kereta. seminggu kemudian setelah mendapat lesen L, sesi belajar memandu pun bermula. 2 minggu awal jer, dapat cikgu yang best, minggu ke3 dan seterusnya, aku dapat cikgu (instructor) yang kurang best, sebab dia SUKA TIDO!!!... "cikgu suka tido, hari2 cikgu tido".. dia ok, ajar ok.. kadang2 belajar kat jalan raya, dia tido sepanjang jalan, cikgu oh cikgu..bila saya tanya , macam mn ni cikgu, saya bawa dah ok ker, dia jawab, ok dah ni.. cukup 8 jam belajar,..aku amik pra ujian (QTI), so, saya layak ambil ujian sebenar.

Sesi yang sangat mendebarkan, Ujian amali 1 & 2 ( bah 1-ujian bukit, parking dan 3 penjuru, bah 2-ujian jalanraya). Nasib tak menyebelahi, bukit ok, parking pulak tak ok, habis. lepas tu, ujian jalan raya, alamak, dapat kereta VIVA, yang tak pernah2 pandu, lain dari kancil, masa pergi ok, time balik saya dah gagal, langgar belang2 putih dan terhegeh-hegeh tukar lorong, sampai kenderaan belakang saya brek emergency, tapi saya dibenarkan memandu balik ke kampus, biasanya pegwai JPJ tersebut yang akan pandu balik kenderaan kita. Hampas, 2-2 bahagian saya gagal..

Tuesday, February 22, 2011

Resepi simple : Masak ketam daun kari.

Seperti kebiasaan aktiviti hujung minggu saya adalah mengunjungi pasar. Pasar yang menjadi favourite saya untuk dikunjungi ialah PASAR BORONG SELANGOR, yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, lebih kurang 5 km dari rumah saya. Harga lauk pauk kat sana, boleh tahan la, kadang2 naik , kadang2 turun, yang penting kesegaran, dan kita boleh dapatkan apa saja barang keperluan dapur di sana. Biasanya saya dah siap2 beli lauk-pauk stok untuk seminggu. Apa pulak cerita pasal pasar ni. Kebetulan!! minggu ni , saya ada membeli ketam.. Ketam ni jarang2 dapat makan sebab harga mahal, harga biasa sekilogram RM20.00. Saya tunggu masa harga murah sikit la, masa saya beli harga sekilo RM17.00. Saya beli 3 ekor pun dah RM20.. takpelah sekali sekala. So, hari ini saya nak berkongsi resepi simple, masak ketam daun kari.


Bahan-bahanya,
3 ekor ketam (dipotong dan dibersihkan)- digoreng
3 sudu makan cili mesin
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk kari

Bahan-bahan untuk tumis,
2 ulas bawang putih }
3 ulas bawang merah }
1 cm halia }ketiga-tiga bahan ini mesti ditumbuk
1 tangkai daun kari

minyak, garam, serbuk perasa dan gula.


Cara-cara membuatnya..
1. Gunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ketam tadi, kurangkan sedikit kuantitinya, tinggal lebih kurang 5-4 sudu makan, tumiskan bahan-bahan tumis, apabila sudah naik bau dan kekuningan, masukkan cili mesin, biarkan cili agak masak, masukkan sos cili, kicap dan serbuk kari.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga agak kering, masukkan sedikit air ( kalau nak banyak kuah, boleh tambah banyak air). Masukkan garam, perasa dan gula (ikut citarasa masing2).

3. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. kacau ketam dengan kuah biar sebati.( kalau saya, saya suka kuah yang agak kering dan bersalut pada ketam).

4. Siap, untuk hidangan tengahari bersama nasi panas. (cadangan hidangan- untuk 2 orang).

Selamat mencuba!!

Monday, February 14, 2011

dilemaku, siswazah-suri rumah tangga


Hari ni saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai siswazah yang tidak bekerja, atau lebih tepat siswazah yang menjadi suri rumah tangga macam saya. Bagi saya, seorang siswazah yang tidak bekerja dan menjadi suirumah tidak boleh dianggap sebagai siswazah menganggur. Selepas saya tamat pengajian, dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, selepas beberapa bulan, saya telah dipinang buah hati. selepas 4 bulan bertunang, jodoh pulak sampai.. pada mulanya, konon nak cari keja la, lepas habis belajar sementara tunggu konvo..alih2 jodoh sampai dulu, banyak gak dok dengar orang kampung do bisik2 (mengata).."huhh, belom keja, dah sibuk nak kawin, esok dah kawin, dah anak, mesti tak keja dah la tu." memang! mungkin kata2 orang sekeliling tu satu doa, selepas berumahtangga , mengandung, masa mengandung dah terbantut usaha cari keja, lepas tu, bersalin, lepas bersalin konon nak tunggu anak besar skit baru nak kerja, tak sampai umur anak enam bulan, Alhamdulillah..rezki, ada juga mulut berkata.."amboi, mengandung pulak, anak dok kecik lagi".. sabar jer! biarlah apa orang nak kata.. selepas bersalin anak kedua, usaha mencari kerja diteruskan. Ada pulak seorang kawan yang recommand Jawatan Kontrak di Pejabat Kerajaan di Putrajaya. Alhamdulillah, saya dapat kerja, dan telah menempatkan anak2 di Nursery dengan berat hati. Standardla, nursery, anak2 saya bersilih ganti sekejap selsema, sekejap sihat, lepas tu demam, lepastu , selsema dan demam dan selsema dan demam, dan sampai kemuncak dua-dua nak saya kena masuk wad, akibat jangkitan paru-paru yang biasa terjadi pada kanak2 iaitu pneumonia. Selepas 7 bulan, kotrak pun tamat. Kembali, jadi suri rumah.

Masa pun berlalu, saya terus menjadi surirumah tangga, memang niat dalam hati nak bekerja nak membantu keluarga dan membayar hutang PTPTN yang ntah bila akan langsai. Usaha dan usaha apply sana dan sini (kadang2 secara pelahan, kadang secara extrim- cari keje), sementara dapat keje, ambil lesen memandu (kita citer pasal lesen di post yang lain ek),setelah hampir setahun tak dapat keje, Alhamdulillah dapat..tapi kali ni jauh pulak sampai terpaksa tukar 3 bas.. saya hanya bertahan sebulan, maybe orang lain boleh tahan, tapi saya tak boleh tahan..(kisah ulang alik naik bas pegi keje kat pos lain lg ek). Akhirnya, dengan berat hati, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Suri rumah kembali. Memang best jadi suri rumah , dapat jaga dan besarkan anak sendiri, dapat uruskan suami dan rumah sebaik mungkin. Tapi yang tak bestnya, tak ada duit sendiri semuanya bergantung kepada suami. Bila difikirkan, jadi suri rumah smapi bila-bila pun nak, tapi dengan tiada pendapatan susah jugak kalau tak bekerja. Tengok kawan2 lain semuanya bekerjaya dan boleh miliki kereta sendiri.

Tetapi, sekarang suri rumah pun dah mampu jana pendapatan tambahan terutamnya dengan adanya, internet di rumah, contohnya dengan membina blog pun sedikit sebanyak, pendapatan boleh diraih, ada juga suri rumah yang membuat buiness secara online, dan membuat business kecil-kecilan dari rumah. Kak red, (redmummy.com) pernah juga menasihati saya agar belajar bina blog sendiri, biar pun kita hanya dok di rumah , tapi kita boleh jana pendapatan. Sekarang saya masih tidak berhenti untuk mencari kerja, dalam masa yang sama, saya tetap mencari peluang lain untuk saya berjaya, walaupun sebagai suri rumah. Umur dah mencekau 30 an dengan pengalaman kerja yang kurang.. mungkin salah satu faktor sukar dah nak dapat kerja. nasihat untuk rakan senasibku dan untuk diriku. Wahai siswazah suri rumah tangga, jangan la engkau berputus asa, sabar dan jangan berhenti berusaha..rezeki itu ada dimana-mana, cari lah ia.. dan sentiasa memohon dariNya agar diberi kekuatan sentiasa.

Wednesday, February 9, 2011

Kopi biji mengkudu


Hari ni saya nak berkongsi pasal kopi biji mengkudu. Semua orang sudah sedia maklum khasiat buah mengkudu itu sendiri dan pelbagai kaedah digunakan untuk menikmati buah yang mempunyai pelbagai khasiat ini. Antaranya ia dijadikan jus, atau biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras, apabila sudah masak ia boleh di makan begitu saja. Ianya boleh dicampur dengan gula untuk di makan. Ramai yang kurang menggemari rasa buah mengkudu yang agak pahit dan ia jugak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila sudah masak dan agak ranum.

Baru-baru ini semasa pulang ke kampung ibu saya telah mempekenalkan kopi biji mengkudu ini kepada saya. Sebelum ini ibu saya biasa mengamalkan jus mengkudu yang dibuat sendiri, iaitu dari buah mengkudu yang telah masak dan diambil airnya. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang kopi biji mengkudu ini. Tetapi mungkin ada juga yang belum mengetahuinya, biasanya produk yang dihasilkan dari mengkudu di pasaran sekarang ini antaranya ialah jus mengkudu pelbagai perisa, ubat gigi, minyak gosok, balsem yang mengandungi ekstrak mengkudu. Tetapi agak unik bagi saya, yang sebelum ini hanya mengetahui yang biji mengkudu hanya dibuang selepas mengambil isi dan jusnya, rupa-rupanya bijinya juga boleh di jadikan kopi yang sangat enak dan mempunyai banyak khasiat sepertimana buahnya. Tambahan pula, kopi biji mengkudu dapat dihasilkan sendiri di rumah.

Aroma kopi biji mengkudu sangat istimewa, tidak ubah seperti kopi biasa yang dibancuh cair ala-ala nescafe gitu!. memang sedap, tapi, ia tidak boleh dibancuh pekat kerana, biji mengkudu agak panas.



Menurut ibu saya yang telah mengamalkan makan buah mengkudu dan minum kopi dari biji mengkudu setiap hari, Alhamdulillah, dengan izin Allah kadar tekanan darah tingginya juga telah berkurangan begitu juga dengan kadar kolestrol dan kencing manis juga telah menurun..ibu juga turut merasai keberkesanan dari mengkudu, apabila dia tidak lagi merasa sakit-sakit di bahagian sendi kaki, dan merasa badannya lebih ringan dan cerdas, tidak lagi kerap merasa letih, di samping mencuci usus dan buang angin.

Tetapi sayangnya, kopi yang tidak berkefien, dan mempunyai khasiat ini, masih belum diketengahkan, untuk dijadikan minuman kesihatan secara komersial. Saya bercita-cita untuk mengkomersialkan kopi ini di pasaran, Insyaallah..

Friday, January 28, 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Datang 2011, selamat tinggal 2010.. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapakan Selamat Tahun Baru 2011..

Banyaknya kenangan di tahun 2010. beberapa bulan selepas last post aku pun sudah cukup mengukirkan banyak peristiwa best dan tak best, yang tak sempat aku nak selitkan dalam blog aku ni, kerana tuntutan tugas sebagai suri rumah tangga, dan sibuk mengadap komputer cari kerja.

Tahun baru azam baru, aku harap tahun ini lebih baik, dan berharap dapat memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik untuk mencapai kejayaan dalm hidup..

Lama jugak masa aku ambil godek2 blog ni sebab masih berlajar.. Taaaaadaaaaaa,this is my blog new look.. harapnya lepas ni, dapatlah aku selitkan post-post yang best yang "hanya ingin berkongsi"..