Monday, March 21, 2011

Kiah Pekasam


Bukan drama bersiri "Kiah Pekasam" kat Astro tu tau. Yang ini betul-betul Kiah Pekasam. Sedap gak perkasam ni, bukan senang nak cari pekasam yang best kat bandar ni! My husband sangat suka makan pekasam.. kena pulak dengan nasi panas, memang sesuai sangat. Hari tu pernah hubby beli dari Giant, pegi kali ke2 dah tak der.. Setiap kali pergi beli barang mesti cari pekasam yg sama.. tapi tak der..Pegi Jusco minggu lepas, ada la pulak. Apa lagi belilah, sebungkus tu lebih kurang RM3.00. Perkasam ikan lampam, memang best, tak masin sangat, tak hanyir..goreng garing2, goreng bawang besar n cili potong, kasi tabur..perrhh.. TERBAEK!!!.. mcm promote la pulak..

Monday, March 14, 2011

Memori : mas kahwinku emas..!

Mas kahwin atau mahar (Arab: مهر‎) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.

Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:
" " Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1] ”

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
Ia juga mencerminkan kasih sayang, kesediaan hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga tanda penghormatan suami terhadap isteri. Namun, mas kahwin tidak termasuk rukun nikah atau syarat sah pernikahan. Jika pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan itu tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan).

Mengikut hukum syarak mas kahwin perlu dibayar suami kepada isteri pada masa akad nikah, sama ada wang atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau sesuatu yang menurut hukum syarak dapat dinilai dengan wang.
(-sumber)

Teringat memori, semasa aku dinikahkan, rasanya jarang orang memberi mas kahwin emas, tapi berlainan dengan kami, kami sepakat untuk memilih seutas rantai tangan sebagai mas kahwin, mula-mula aku agak ragu, boleh ke tak boleh ke tak.. menurut orang-orang tua yang kami rujuk seeloknya, wang tunai.. tapi bila difikirkan balik, wang mas kahwin yang kita dapat pun selalunya kita akan beli emas, tujuannya untuk mengelakkan wang mas kahwin itu terus di belanjakan (tak nampak), tup2 dah habis. biasanya ia akan dizahirkan dengan membeli emas. Dengan confidentnya bakal suami aku waktu itu (sekarang husbandku), membeli seutas rantai tangan mas yang nilainya ngam-ngam dengan mas kahwinku seperti yang telah ditetapkan. Semasa akad nikah dijalankan tuan kadi meminta untuk ditunjukkan kepadanya mas kahwin, rantai tangan itu pun dipersembahkan. Masa tu, aku berdebar-debar jugak, betolka tindakan kami ni, tuan kadi kata, "kita kena tanya pihak perempuan, setuju atau tidak dengan pemberian ini", maka, aku pun menjawab, "setuju"..Alhamdulillah akhirnya urusan pernikahan pun selesai.. kami dah pun selamat menjadi suami isteri.

Perkara ini tak perlu diragukan lagi, ia sudah termaktub dalam hukum syarak, dan ia merupakan hak mutlak seorang isteri.. Cuma, aku jarang tengok atau jumpa kes seperti kami lagi.. hehehe.

Ragam anak : Iqbal, bantal busuk dan penapis.


Hari ini saya nak berkongsi pasal tabiat atau ragam anak-anak saya. Seperti anak orang lain juga ada bermacam-macam ragam atau tabiat yang dimiliki oleh anak-anak kita yang mencuit hati. Macam anak bujang saya, yang tak boleh berpisah dari bantal busuknya. Sejarah dia mula rapat dengan bantal busuknya tu, iaitu pada mulanya, saya gunakan bantal peluk bayi tu, untuk diletakkan di atas dadanya ketika dia tido, masa tu umurnya dalam lingkungan 5-7 bulan, dia masih tido dalam buai. Lama-kelamaan, setiap kali nak tido mesti dia cari bantal tu. Sekarang umurnya sudah menjangkau 4 tahun dan tidak tido buai lagi, masih tidak berenggang dengan bantal busuknya terutamanya setiap kali hendak tido. Sekarang baru nampak jelas lagi tabiatnya tu terhadap bantal busuknya, bila minum susu jer, kena ada bantal busuk, cukup dengan dipeluk-peluk, digeselnya lagi lengan dia pada ujung sarung bantal yang beropol tu, tekstur kain satin yang licin tu, lagi membuatkan dia "syok" menggesel, kadang-kadang siap cium-cium lagi .. sampai la dia asyik dan terus tido. Nasib baik la ada dua sarung bantal yang serupa, boleh berganti apabila yang satu lagi dibasuh. Janji bantal tu mesti ada sarung tu. Setakat ini belum ada sebarang tindakan yang saya ambil untuk memisahkan dia dengan bantal tu, sebab ke"obses'an dia terhadap bantal busuknya tidak lah terlalu keterlaluan, sampai nak keluar bermain ke jalan-jalan ke kena bawa bantal busuk.. kadang-kadang bantal tu tak ada pun, dia boleh juga tido. Adiknya sekarang dah terikut-ikut tabiat abangnya, tapi tak lah teruk, cuma, bila abang bawa naik bantal ke bilik untuk tido, dia pun ikut bawa, tapi dia tak peduli pun bantai tu. Si abang dah makin besar dan belajar faham dan saya selalu menerangkan pada dia, bila dah sekolah nanti tak boleh bawa bantal busuk, Ok!

Satu lagi ragam dia, dia suka bermain dengan penapis, tak kiralah penapis teh ke, penapis santan ke dan yang seangkatan denganya, pantang nampak terutamnya time nak mandi, boleh dia gunakan alatan tu untuk main air. Tak kira lah, balik rumah opah ke, umah tok ker, mesti dia tanya penapis. Pernah ada suatu hari saya, bawa dia tengok orang kampung mengerjakan lembu korban, dia boleh pulak nampak penapis santan bertenggek di ruang orang menyediakan makanan, apa lagi diambilnya buat main la.. jenuh si opah marah , jangan usik penapis tu! Iqbal, iqbal..! Si adik tak der pulak ragam pelik macam dia..

Friday, March 11, 2011

Aku, Metro Driving dan JPJ.. (part 2)..aku gagal lagi..

Boleh pulak ada part2 citer aku ni..memang! sebab cerita lum habis.. Setelah gagal kali pertama, aku mengambil keputusan untuk ulang lagi ujian tu!..pergi lagi sesi latihan, after lebih kurang 2-3 minggu, saya kembali menduduki ujian memandu.. Ya Allah, kali ni lagi teruk debaran aku, bertambah-tambah gugup dibuatnya.. mula-mula konon kena sesi pagi, elok sampai turn aku.. JPJ pulak nak berenti rehat, memang dah pukul satu dah time tu pun.. Aku memang dah tak lalu nak makan tengah hari , dah tak rasa lapar pun dek kerana gugup.. terus pegi surau dan solat.. sesi bersambung lebih kurang pukul 2 ptg..aku kembali ke trek.. hehehe.. dgn gugup yg tidak terhingga.. berjaya pada bukit, tiba dekat parking..kadar gelabah mula meningkat..ditambah pula dengan suara JPJ perempuan yang sangat nyaring memberi isyarat supaya keluar dari parking.. akhirnya terlebih time, dan telah melanggar sedikit tiang hadapan.. AKU GAGAL LAGI..

Itu bahagian satu,.. pergi pulak ke bahagian kedua.. Yes! aku dapat kereta kancil untuk menjalankan ujian jalanraya. Gugup masih dalam keadaan terkawal, perjalan di teruskan.. tapi malang, sekali lagi aku langgar garisan bebelang putih yang sama. Pegawai JPJ tu siap lukis lagi untuk aku garisan bebelang tu dan menerangkan kenapa aku gagal.. AKU GAGAL LAGI.. sedihnya, masuk ni kali ke2 la, aku gagal ujian memandu.. tak pa aku pasrah, mungkin belum cukup keyakinan aku untuk memandu. JPJ biasanya memandang tahap keyakinan kita ketika memandu, bukan menggelabah tak tentu hala macam aku.. kembali ke kampus dengan hati hampa..

Yang aku tak puas hati kenapa orang lain,ada yang siap pegawai JPJ ajar masuk gear lagi boleh lulus..tak pa, ada masa lagi, aku boleh cuba lain kali.

Sekarang lebih kurang 8 bulan berlalu,..lama betul masa aku ambil untuk menenangkan diri sebelum mengambil ujian semula. aku dah renew lesen L aku, dengan semangat baru, aku belajar kembali memandu bermula Ahad lepas.. keyakinan aku ada sedikit pertambahan sedikit, dengan bantuan cikgu yang tak tido..Alhamdulillah, cikgu cakap, aku dah boleh memandu senenarnya, tapi aku kena sentiasa relax, jangan gelabah, cepat buat keputusan.. seelok-eloknya aku kena biasakan diri memandu, selain dari belajar di kelas memandu, supaya keyakinan lebih baik dan tidak gelabah ketika ujian nanti, kata cikgu, kalau hanya dengan belajar di kelas seminggu sekali, gugup awak tak akan hilang.