Hobi saya yang kadang-kadang jer layan, menanam pokok. Antara kemestian pokok yang mesti ada di rumah kita, ialah pokok daun kari, pokok serai, kunyit, daun pandan, kesum dan cili padi..itu semua saya dah tanam, ada yang dalam polibag dan di atas tanah., bukannya apa, jimat, tak payah beli! Saya baru berjinak-jinak menanam pokok berbunga dan dedaun untuk hiasan lanskap rumah, semangat berkobar-kobar lagi apabila rumah baru akan siap tidak lama lagi, dah stanby tanam pokok-pokok yang cantik, macam ler kawasan rumah tu luas sangat..hehehe.. bukan aper seronok tengok bila hasil tanaman kita menjadi, nak-nak pula pokok yang susah dan rumit penjagaannya. Contoh pokok orkid, sebenarnya saya tak berapa minat dengan orkid, memang cantik, tapi tak pernah terfikir nak tanam orkid. Ini semua bermula selepas saya dan biras bersama ibunya seorang peminat bunga pergi ke Pesta Bunga Putrajaya, kira-kira 8 bulan yang lalu iaitu pada Julai 2010, ibunya berkenan untuk membeli bunga orkid yang ketika itu murah, 2 pokok RM30.00, dia mengajak saya untuk beli, masing2 seorang satu pokok.. akhirnya saya pun beli. Memang berbunga masa tu, cantik warnanya, merah!.. bila bawa balik ke rumah, habis jer bunga tu langsung ia tak berbunga lagi, sedangkan orkid makcik dan 3 kali berbunga, hmm memang sah, aku tak pandai tanam dan jaga pokok orkid, sampai la bulan lepas, ia telah mengeluarkan kudup bunganya.. wahhh menjadi juga saya tanam dan jaga. Bukannya apa, orkid ni payah sikit, matahari tak boleh lebih, medium tanaman tak sama dengan pokok lain..Ikut pesan makcik, ko kena bajakan dengan baja bunga selalu, insyaallah dia berbunga..! Hmm lepas ni, boleh tambah variasi orkid lagi..
Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts
Thursday, April 21, 2011
Hobi : The Red Orchid

Monday, April 11, 2011
Hobi : Mari menjahit
Assalam, kembali pada asal, saya bebas menjalankan aktiviti kesukaan saya, setelah pencen dari menjadi baby sitter...hahaha.. Ada masa dan ruang untuk sambung aktiviti menjahit.. Hari ni, taruk minyak sikit kat mesin tu, baru lancar sikit perjalanannya, maklumlah mesin lama, mesin jenama METIK guna kaki..kepunyaan ibu mertua yang sudah tidak digunakan lagi, diangkut oleh husband ke mari semasa kami pulang ke kampung tempoh hari. Berkobar-kobar akak nak menjahit ni, kat rumah ada day curtain yang lama dah saya beli dan potong tapi belum berjahit.. aktiviti pemanasan mesin, kita jahit yang simple2 dulu, mudah jer jahit langsir untuk sliding door, straight jer!.pagi tadi dah terhasil 1 dari sepasang day curtain untuk sliding door rumah saya.. tengok ada masa free leh sambung lagi.. sikecik dua orang ni suka benor tengok saya menjahit, sibuk pulak dok usik2 mesin yang tengah bergerak, risau jugak, bahaya jugak mesin tu..
Insyaallah saya bercita-cita nak kembangkan bakat menjahit dengan belajar membuat beraneka bentuk langsir, scallop, romand blind, dan banyak lagi..sekarang tengah berjinak-jinak dapatkan nota jahitan dari kak ina http://kelaslangsir.blogspot.com/ . Bukannya apa prepare langsir untuk rumah baru jugak sebenarnya ni..hehehe..Ada sikit la pengalaman ambil tempahan langsir masa tunggu result SPM suatu ketika dahulu, minat menjahit datang dari ibunda tercinta, yang dulu rajin menjahit.. Jahit baju kurung sendiri pun saya dah pernah cuba, ibunda yang ajarkan. Ibunda sekarang sibuk dengan perusahaan rempeyek bersama kawan-kawannya di bawah kelolaan Pusat Urus Zakat..so, dia tak lagi menjahit, mata pun dah kurang tajam macam dulu. Dapat ibunda mertua pula seorang tukang jahit di Perlop 2, Lasah, Sungai Siput. Ibunda mertua dah ada mesin SINGER yang baru yang lebih praktikal, so dia wakaflah mesin lamanya kat menantunya ni, nak wakaf untuk anak sendiri, semuanya lelaki.. terima kasih ibu-ibuku.. insyaallah mesin mak takkan jadi tukun (bak kata husband, "bwk blk ni, jgn jd tukun dah")..hehehe.. tak lama lagi, ingat nak cari motor untuk mesin ni, kasi upgrade sikit, supaya lebih mudah, cepat dan lancar.. ok kawan-kawan, Mari menjahit..
Monday, April 4, 2011
Hobi : kek kek kek
Assalam semua, lama gak tak update.. hari ni nak kongsi hobi saya suka buat kek dan cuba resepi kek dari internet.
kek oren

kek coklat lembap

kek lapis asam flake ( saya gantikan dengan kismis, sbb cari asam flake kat kedai semua tak der).. sedap juge..hehehe..

kek trio tapi tak brapa nak cantik..hehehe

Terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi berkongsi resepi di internet..

Thursday, July 22, 2010
Hobi : Suka buat kek coklat..
Hobi saya suka buat kek coklat... Sebenarnya tak pandai pun buat kek, tengok resepi kat internet dan cuba buat sendiri..menjadi la pulak!! Kek coklat lembap yang di bakar, dikukus.. semua saya dah cuba. Husband dan anak-anak pun suka gak makan kek coklat.. Biasanya, nak balik kampung ke,(sebagai buah tangan untuk family n ibu mertua) ada buat makan-makan ke, saya buatla.. ada gak yang tempah!
Sekarang tengah belajar buat cupcake coklat yang comel2.. bukan cupcake yang tengah top sekarang ni, tapi yang lebih kecil!! mudah dimakan dan sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu bagi sebarang majlis.. Macam promot la pulak!!
Sekadar hobi dan suka2, tapi sesapa yang nak order boleh jer!!! Lepas ni saya nak cuba buat kek jenis lain pulak, kek pandan ke, cheese kek ke.. Minat sangat bake2 ni, terasa teringin diri ini pegi belajar atau amik kursus buat kek, supaya menjadi lebih pro..hahahah..
Subscribe to:
Posts (Atom)