Thursday, July 22, 2010
Kucing mati beranak!
Al kisah nak dijadikan cerita..suatu pagi yang indah, aku keluar ke ruang grill belakang tempat letaknya mesin basuh, untuk aku memulakan rutin harianku sebagai seorang mama,setelah 2 hari tak membasuh baju, sibuk dengan berjalan2.. Sebaik sahaja pintu belakang dibuka, aku terlihat satu tubuh berbulu kaku di dalam longkang.. aku masuk semula ke dalam rumah mencapai kunci grill, lalu membuka grill.. di perhatikan betul2 tubuh berbulu kaku itu, sambil menjerit memanggil anak saudara ku untuk sama melihat..
Sah, kucing mati dalam longkang, tengok betol2 lagi, terdapat sepasang kaki keluar dari bahagian kemaluannya..!! kesian..!! mesti dia mati sebab tak dapat nak menahan kesakitan melahirkan anak2nya yang mungkin berkedudukan songsang!! Bayangkanlah dia tengah melahirkan anak Se'ekor' diri tanpa dibantu oleh sesiapa.. Mungkin kejadian berlaku pada malam sebelum tu, depend on keadaannya dan sedikit darah yang masih baru..
Kesiankan!!..kalo aku tahu, ia perlukan bantuan waktu tu, insyaallah aku akan bantu, walaupun ianya kucing dan bukan kucing aku!!..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment