Biasanya resepi untuk anak sentiasa berubah-rubah.. Anak-anak kecil terutamnya bawah 5 tahun, mereka cepat jemu dengan makanan yang sama, walaupun nampak mereka memang menggemari makanan tersebut.. Hari ni , saya nak berkongsi menu kegemaran anak-anak saya iaitu Pasta Spiral bersama Sup Segera Campbells..
Resepinya sangat mudah dan ringkas, cepat disediakan..
Bahan-bahannya :
1. semangkuk pasta spiral (apa2 saja jenama, pastikan yang halal)
-direbus bersama beberapa titik minyak zaitun dan sedikit garam.
-setelah agak kembang, toskan, dan biarkan sejuk sedikit.
2. sebungkus sup segera campbells (apa2 saja perisa yang digemarai)
-dibancuh bersama 200ml air panas di dalam mangkuk atau mug.
Kemudian bolehlah dihidangkan kepada si kecil dengan memasukkan pasta ke dalam sup tersebut..
Anak-anak saya makan sampai mintak tambah, saya buat untuk breakfast, kadang2 untuk makan tengah hari selain nasi..
berselera betul tengok!!
No comments:
Post a Comment