Tuesday, February 22, 2011

Resepi simple : Masak ketam daun kari.

Seperti kebiasaan aktiviti hujung minggu saya adalah mengunjungi pasar. Pasar yang menjadi favourite saya untuk dikunjungi ialah PASAR BORONG SELANGOR, yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, lebih kurang 5 km dari rumah saya. Harga lauk pauk kat sana, boleh tahan la, kadang2 naik , kadang2 turun, yang penting kesegaran, dan kita boleh dapatkan apa saja barang keperluan dapur di sana. Biasanya saya dah siap2 beli lauk-pauk stok untuk seminggu. Apa pulak cerita pasal pasar ni. Kebetulan!! minggu ni , saya ada membeli ketam.. Ketam ni jarang2 dapat makan sebab harga mahal, harga biasa sekilogram RM20.00. Saya tunggu masa harga murah sikit la, masa saya beli harga sekilo RM17.00. Saya beli 3 ekor pun dah RM20.. takpelah sekali sekala. So, hari ini saya nak berkongsi resepi simple, masak ketam daun kari.


Bahan-bahanya,
3 ekor ketam (dipotong dan dibersihkan)- digoreng
3 sudu makan cili mesin
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk kari

Bahan-bahan untuk tumis,
2 ulas bawang putih }
3 ulas bawang merah }
1 cm halia }ketiga-tiga bahan ini mesti ditumbuk
1 tangkai daun kari

minyak, garam, serbuk perasa dan gula.


Cara-cara membuatnya..
1. Gunakan minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ketam tadi, kurangkan sedikit kuantitinya, tinggal lebih kurang 5-4 sudu makan, tumiskan bahan-bahan tumis, apabila sudah naik bau dan kekuningan, masukkan cili mesin, biarkan cili agak masak, masukkan sos cili, kicap dan serbuk kari.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga agak kering, masukkan sedikit air ( kalau nak banyak kuah, boleh tambah banyak air). Masukkan garam, perasa dan gula (ikut citarasa masing2).

3. Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. kacau ketam dengan kuah biar sebati.( kalau saya, saya suka kuah yang agak kering dan bersalut pada ketam).

4. Siap, untuk hidangan tengahari bersama nasi panas. (cadangan hidangan- untuk 2 orang).

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment