Thursday, April 7, 2011

Cuba jadi Baby Sitter


Assalam semua, hari ni sambil anak-anakku dan anak-anak asuhanku senang tidur, saya mengambil kesempatan untuk kongsi ngan korang cerita menarik saya, yang cuba nak jadi "baby sitter"..
Dasyat kawan-kawan, kalau tak ada kesabaran yang tinggi, fizikal dan mental yang kuat jangan cuba karier ni kawan-kawan. Saya cuba untuk jadi baby sitter untuk anak-anak jiran saya, dengan niat untuk membantu ibunya yang kehilangan orang gaji. Orang gaji yang pernah diharapkan, telah melarikan diri mengikut boyfriend. Dengan rasa berperikemanusian dan naluri seorang ibu yang penah bekerja dan pernah mencari orang untuk menjaga anak-anak, saya berbesar hati menghulurkan pertolongan kepada jiran saya itu, kerana dia sangat memerlukan seseorang yang boleh menjaga 3 orang anaknya., kerana dia terpaksa pergi bekerja dan tidak dapat mengambil cuti atas alasan baharu sahaja tukar jabatan, ibu mertuanya tidak dapat menjaga, yuran nursery agak mahal, nursery di tempat dia bekerja sudah penuh.. oleh kerana dia tahu saya seorang surirumah, tidak bekerja, mungkin saya boleh membantunya. Saya juga menetapkan syarat bahawa saya akan menjaga anak-anaknya hanya untuk sementara., sebelum dia dapat pengasuh atau orang gaji yang baru. Saya pula seorang yang susah sangat nak menolak dan tidak terfikir alasan untuk menolak permintaannya.

Niat baik saya pun diteruskan, sekarang saya menjaga 5 orang kana-kanak termasuk anak saya sendiri..berumur 2-6 tahun.. sehingga hari ini masuk hari yang keempat, saya tidak dapat menahan kesabaran, dengan karenah anak-anak termasuk anak-anak saya sendiri membuatkan sangat letih dan berserabut, rasa tidak ikhlas mula muncul, kekalutan bertambah, apabila semua mahu minum susu serentak, ada yang menangis, ada yang baling barang, ada yang menekan-nekan keyboad komputer sekuat hati, ada yang pukul kucing saya, ada yang buli-membuli. Rumah saya sudah bertukar menjadi tongkang pecah.. kerana sebelum ini bersama-sama kedua-dua anak saya, rumah saya damai dan tenteram, kemas dan rapi, sikit-sikit jer bersepah. Sebelum dia menyerahkan anaknya, dia sudah memberi peringatan kepada saya bahawa anaknya sangat lasak. maklumlah semua lelaki. Ternyata, anak-anaknya memang lasak, anak-anakku sendiri menjadi sangat kerdil disamping mereka, kasihan anak-anakku, mula rasa terabai bila saya terpaksa menumpukan kepada anak jiran saya yang lebih kecil..Ternyata saya tidak dapat "handle" 5 orang budak dalam satu masa,.. Hanya Allah yang tahu gejolak dalam jiwa saya, sentiasa berdoa supaya diberikan kesabaran dan kekuatan, budak-budak macam tu lah!.. Rasa cukup sampai minggu ini sahaja saya dapat membantu jiran saya ini, saya tidak berdaya untuk meneruskan niat baik saya lagi. Sangat berbeza, apabila kita menjaga anak orang berbanding anak sendiri. Saya pula bukannya seorang yang garang dengan anak orang lain, marah pun diaorang buat tak tahu saja.. Dengan kekuatan yang ada saya harap dapat memberitahu berita buruk ini kepada jiran saya itu, yang saya tidak dapat menjaga anaknya lagi.
Sekarang saya berpegang pada prinsip hidup saya, kerja biar ikhlas dan sesuatu yang kita minat, kalau tak minat inilah jadinya, baru suku jalan dah give up..

1 comment:

  1. Alhamdulillah... dah bgtau dengan akak tu, dia leh terima.. Sory bebanyak wahai jiranku.

    ReplyDelete